Wednesday, 18 January 2017

Love and hatred Part 1 - Crush turns to crash?

This real story was told by someone
Edited by : orchid7


Semua orang ada lakaran kisah cinta yang sangat berbeza dan mungkin juga luar biasa. Kisah aku, kisah dia dan kisah kita mungkin sama tapi tercipta dalam ruang masa yang berbeza. Bagi mereka yang pernah merasai maksud sebenar cinta, sememangnya mampu menterjemahkan entry aku kali ini dengan cukup sempurna. Falled in love, got to know someone that you really care for, stay together through thick and thin, got an opportunity to express your love in halal way was a sweet moment and that is a true meaning of loving you to the moon and back!

Aku dilahirkan daripada sebuah keluarga yang biasa-biasa. Ayahku seorang guru agama manakala mama hanya seorang suri rumah tangga. Disebabkan ayah seorang yang sangat menekankan soal ilmu agama, kami dididik dengan asas agama yang lebih berbanding rakan sebaya yang lain. Ayah sangat menekankan soal solat, tentang aurat, akhlak yang baik dan batas pergaulan antara lelaki dan perempuan. Hasil didikan inilah kami adik-beradik sangat timid dan janggal terutamanya bila bergaul dengan kaum berlainan jenis. It happen naturally. 

Bila mula belajar di sekolah menengah, aku ditempatkan di kelas aliran agama yang rata-rata pelajarnya semua perempuan. 3 tahun menimba ilmu dengan tak bersungguh-sungguh dan sambil lewa, akhirnya keputusan PMR juga sekadar ada 'A'. Boleh lah daripada takda langsung kan? Ayah dan mama memang kecewa, aku tahu. Aku faham. Tapi malas ambil pusing. I'm still young kannn.Sepanjang belajar kat sini, aku pernah tengok kawan-kawan bercakaran gara-gara seorang insan bernama lelaki. Depa nie memang dasyat! 

Hensem sangat ke mamat yang jadi rebutan tu? Pelik! Aneh!

Aku nekad! Esok lepas penat tidur dalam kelas maths, aku nak terpacak dekat balai seri. Nak tengok sendiri dengan mata kepala aku, mamat yang jadi sebutan nie. Mandrem apa dia pakai sampaikan semua orang boleh jadi terpana? Anak raja ke? Anak orang berada?

Mungkinkah anak raja yang menyamar jadi rakyat biasa?

Hari yang ditunggu pon tiba, lepas basuh muka kat toilet sebab hampir sejam tidur dalam kelas maths, aku galas beg dan jalan laju-laju menuju ke balai seri. Semangat ya amat! Kawan-kawan lain yang tak tahu misi sebenar aku, senyap je tak tanya apa. Mungkin dorang ingat aku lapar. After a few minutes berdiri takda sebab, mamat nie pon lalu dengan geng-geng dia. Aku tundukkan kepala kononnya belek-belek buku. Diam-diam aku alihkan bebola mata dan tatap wajahnya bersungguh-sungguh. Damn! Mata kami bertentang, tapi sekali imbas saja. Dia mengerling dan buat selamba. Waktu tu entah kenapa boleh terdetik dalam hati, 


"dialah bakal suami aku nanti......"

________________________________________________________


Ujian tentang hubungan berlainan jenis nie bermula bila aku berpindah sekolah dan bersekolah di sekolah yang rata-ratanya ramai pelajar lelaki. Aku jadi pendiam yang teramat sangat. Terkejut dengan suasana dan budaya. Here in this school, aku mula faham apa itu crush. Baru mengerti apa maksud budak-budak baru nak up! Baru jelas kenapa ayah sangat tegas dan bimbang tentang jati diri dan keteguhan iman dikala umur aku yang baru setahun jagung. Bagi orang macam aku yang tak tahu bersosial dan hanya nakal gitu-gitu je, ini memang satu ujian berat. Aku rasa, siapa yang ada pengalaman macam nie mesti faham dengan maksud aku. Nak huraikan lebih-lebih pun, bukan korang boleh feel. Sebab mungkin aku yang syok sendiri. Heheh. 

After a few years, I met this man again. Kali nie, kata-kata aku memang jadi macam kenyataan, kami kenal after contact each other dekat facebook dan we settled down and planned to get married. We got engaged! Wah feeling tu memamg syok, untuk orang yang muka biasa-biasa macam aku ada hubungan istimewa dengan dia yang segak dan ada rupa. Macam pipit dengan enggang. That time, aku dalam tempoh nak habiskan pengajian dan dia dah bekerja dan start earned money. 

Kenal  dengan dia memang satu pengalaman baru untuk aku. Kami rancang untuk bercinta selepas kawin. Dia  nie memang jenis alim-alim gitu. Ala-ala ustaz dengan janggut sejemput. Masa dalam tempoh berkawan, jarang sekali dia call aku. To be honest, kitaorang hanya communicated via facebook for a long time before he managed to get my phone number. 




Lepas kenal sekadarnya dan jumpa beberapa kali, dia pun bagitahu yang dia memang sungguh-sungguh nak peristerikan aku. Dia nampak sungguh-sungguh lepas nampak aku dalam mimpi istikharahnya. Finally, he proposed me and try to approached my family. Aku dengan selambanya, sambungkan talian hayat kat ayah dan mama. Biar dorang decide. Penah jugak terdetik masa tu kalau sebenarnya dia hanya nak main-main dan tak serius. Yelah, we still young. Infact, dia dah keje dan berjumpa dengan ramai orang. Mesti jumpa orang yang lebih cantik dan comel. Aku yang masih belajar and doing my clinical posting masih terkial-kial nak cari hala tuju hidup. Ayah dan mama nampak macam setuju bila tengok kesungguhan dia nak masuk meminang. Sungguh, aku teruja. Kami bertunang dan buat keputusan nak berkahwin dalam masa setahun dari tempoh bertunang.

Untuk pengetahuan korang, i did my solat istikharah but not in proper way. Kenapa? Aku tak buat dengan konsistent. Aku tak serahkan hati aku bulat-bulat pada Allah. Mata hati macam dah tertutup dengan cinta. Seingat aku, sekali je aku buat. Malam aku istikharah tu jugak aku mimpi muka dia datang dengan senyum-senyum. Rasanya lepas solat, tidur pun bukan dengan wudhuk. Sebab dah terkentut lepas bagi salam masa tahiyyat akhir. That time macam tak pikir sangat. Apa yang penting, solat istikharah aku kena nampak dia. Mesti muka dia. Harapannya kena dia!


_________________________________________________________



The real test begun masa kami dah bertunang. Kawan-kawan yang tahu kisah kami mengucapkan tahniah. Mana-mana kawan yang ada hati kat dia, macam frust menonggeng la. Sebab dia pilih aku yang ntah apa-apa nie. Orang biasa dengan muka seposen. Ada yang terkejut, ada yang macam pelik. Biarlah..aku memang tak nak ambik pusing. Masa tu, aku dah habis belajar dan sedang mencari kerja. Lepas dapat izin ayah, aku kerja part time dekat area selangor sementara tunggu nak dapat tempat posting. Ayah memang macam berat hati, tapi relakan jugak sebab tengok kedegilan aku. Niat lain sebenarnya nak duduk dekat dengan tunang. Kononnya nak kenal hati budi dengan lebih lagi dalam tempoh bertunang nie.

After a few weeks, kami makin rapat. Hari-hari kami jumpa dan makan sama-sama. Makin kenal hati budi dan perangai masing-masing. Kami dah mula pandai dating kat mall. Daripada jalan-jalan saja sampailah tengok wayang. Midnight movie lagi! Kalau ayah tahu, memang terlucut kopiah dia daripada kepala. The things yang aku respect kat dia nie, dia tak pernah sentuh aku. Takda effort langsung nak sengaja sentuh atau terbuat sentuh. I'm not sure how he managed to restrain himself. Cara dia yang satu nie buat aku betul-betul jatuh cinta. He cared, but not to touched.





Tuhan atur kisah kami memang cukup cantik. Sebenarnya, masa final year, aku disahkan menghidap autoimmune disease. I cant even walk properly and having a very high fever. Edema and painful here and there. Memang sangat seksa dan aku ambil masa yang agak lama untuk terima  dan hadam keadaan aku yang macam nie. Ayah dan mama pun memang sedih tengok anak dia jadi macam nie. Mama nangis je bila tengok aku. Dah la penyakit nie memang takda penyembuhnya. So far masih belum ada ubat yang boleh hilangkan terus penyakit nie. Doktor cakap aku kena makan ubat seumur hidup untuk elakkan simptom dan komplikasi semakin memburuk. So damn! Macam mana dengan life aku? Aku jadi orang yang pasif dan susah nak luahkan apa-apa perasaan. Semua orang yang ada disekeliling mungkin tak faham apa yang aku rasa. Macam mana aku nak posting nanti? Macam mana nak start treating my patients in this kind of situation? Macam-macam hal yang terjah kepala otak aku. I was crying..crying and crying..tapi dengan dia aku jadi lembut. Nasihat dia semuanya masuk telinga. Oh God! How can I live without this man? Mungkin ini kah yang dimaksudkan cinta? My condition improved and became happy once again.

Because of this reason also, bila aku tak boleh jalan dengan betul waktu kami dating dia dah start nak tolong papah aku. But still berlapik. Masa tu semua benda macam hilang daripada kepala. Tak fikir dosa pahala. Inilah yang orang sebut bila berdua, ada makhluk ketiga. Kesian dia, bagi orang yang sememangnya nakal macam aku nie ada je idea-idea nakal jugak. Pura-pura tak boleh jalan. Nak tengok ke "sweetan" dia yang sebenarnya diraikan syaitan yang ketawa terbahak-bahak. Plan kami yang kononnya nak bercinta selepas kahwin macam punah setengah jalan. Pernah jugak bila aku duduk diam, aku terfikir kenapa aku boleh jadi macam nie? Betul ke apa yang aku rasa dengan dia nie CINTA..? Inikah yang dinamakan RINDU kalau sehari aku tak jumpa dia?

Pernah jugak persoalan macam tu timbul, tapi aku lupakan je bila hal-hal macam nie terjah akal fikiran aku. Aku sangat taksub dengan perasaan yang membuai-buai nie. Aku pernah cadangkan kat dia supaya kami putuskan hubungan nie atas sebab aku tak nak dia terheret sama dengan kesusahan bila aku sakit. Aku menangis-nangis dengan penuh emosi mintak dia tinggalkan aku. Aku tak nak dia sengsara. Doktor pernah cakap, susah untuk aku pregnant kalau dah kahwin nanti. Kena ikut saranan doktor kurangkan dose ubat supaya boleh pregnant. Aku sanggup lepaskan dia kalau dia nak dan sebenarnya aku nak sangat tengok dia happy, bahagia. Dia dengan tenang pujuk aku, dan cakap takkan pernah tinggalkan aku. Dia cakap, kalau aku tak boleh jalan, dia akan dukung aku. Dia janji takkan tinggalkan aku. Susah senang dia nak sama-sama dengan aku. Aku diam, air mata nie mengalir laju. Dia juga menangis sama. Ya Allah, i love this man!

Hari demi hari hubungan kami makin rapat. Kesihatan aku bertambah baik dan jarang sekali penyakit nie relapse (simptom berulang). Sampailah satu hari nie, dia bercuti dan balik kampung. Dalam masa yang sama sepanjang dia bercuti jarang sekali mesej aku. And one day he sent me this message.


"Sepanjang beberapa hari nie abang terfikir tentang kata-kata awak sebelum nie. Mampukah abang nak jaga awak seumur hidup? Susah senang sama-sama dengan awak. Terima awak dan sakit awak seadanya. Jujur, bila fikir-fikir balik, abang tak rasa abang mampu...." 

Kali nie, tak timbul rasa redha nak lepaskan dia macam sebelum nie. Hati aku macam terdetik sesuatu sedang berlaku. And he's trying to give me some bullshit hint. Kenapa sekarang baru dia nak cakap? Plan kami nak kawin beberapa bulan je lagi kot. Bila kami dah dalam perancangan nak buat majilis, ini pulak yang timbul. Jantung aku berdegup laju. Aku ketap bibir. Dia sedang sorokkan sesuatu daripada aku. Aku dapat merasakannya. So bad, he can't even lied properly with me! Sambil menatap mesej dia berulang kali, ade air mata jernih sedia nak terjun membasahi pipi! 

Tuhan, inikah yang dinamakan ujian sebenar?

Tuesday, 10 January 2017

Lasik - A cure that really worth it!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

   This entry is written and dedicate to whom that might be concern. Aceceh. Tulisan ini khas ditujukan untuk orang-orang yang pernah berada atau yang pernah merasa rabun jauh. Atau ada aweks rabun ka, pakwe rabun ka, atau isteri atau suami yang rabun ka, or part of your family member. This entry was written not specialize or to promote mana-mana rawatan lasik. Ia hanyalah hasil daripada pengalaman ciput aku sahaja. Kalau ada apa-apa persoalan atau pertanyaan, korang boleh drop comment or send me an email. InsyaAllah, kalau ada yang aku boleh jawab, aku cuba.

   Siapa yang ada pengalaman rabun jauh / farsightedness dan dah sembuh? Siapa yang ada pengalaman macam nie, mesti tahu perasaannya macam mana. Aku sendiri memang pemakai cermin mata selama bertahun-tahun. Pemakai tegar. Tuhan je yang tahu betapa susah dan seksanya bila kena pakai cermin mata nie. Perkara yang menyebabkan terjadinya kesusahan tu, macam nak mandi kena pakai spek, nak solat pun pakai spek, dan yang paling dasyat, tidur sambil mulut ternganga pun dengan spek. Kalau ada member yang zalim tu, snap gambar dan sebarkan. Sighing. Apa kau nak buat? Redha jelah dan berdoa supaya crush / secret admire kau tak terima gambar tu.


Memang nakal member yang snap gambar tu! Aihh. 
Ada ubi, ada bas. Ada hari aku balas.

   Tahap kerabunan mata aku memang agak tinggi. 500++ for each of the eyes. Bila dah besar sikit masa zaman bergeng dengan budak-budak remja, my friends cadangkan pakai contact lens. Memang macam leceh laa. Terutamanya bila dah tergopoh -gapah nak keluar. Mana nak sikat rambut bagai lagi kan. Kalau buat outdoor activity, memang sangat sesuai pakai contact lens. Macam main futsal, hoki, bola tampar ke. Tapi kalau swimming without spek renang tu memang tak digalakkan la. Lens memang sangat membantu dan memudahkan. Apa yang melecehkan dengan pakai contact lens nie sebab kena utamakan hygiene. Kalau salah teknik dan cara tak betul, mata sangat mudah nak kena infection. Masa aku guna contact lens dulu, pernah jugak beberapa kali mata kena rest daripada guna contact lens. Sebab infection dan ada discharge. Dah macam orang sakit mata. Macam aku yang memang agak selekeh, kalau tak sempat memang jalan dengan spek je. Selamba badak gitu.

   After survived my clinical posting, start working and earn some money, aku mula buat kajian dan baca cara terbaik untuk hilangkan rabun. Ada orang kata tengok benda-benda warna hijau laa. Ada yang kata rendam dengan air sirih la. Ada yang kata titik air embun setiap pagi la. Hmm. Jangan kata benda hijau, yang blue-blue semua aku tengok. Haha. Cuma yang rendam dengan air sirih tu macam tak sanggup. Pedih!


Tak sanggup nak try, benda yang pelik-pelik nie! 

   Hasil bacaan dan carian yang agak lama, aku menemukan kaedah yang agak mudah dan sekejap rawatannya iaitu Lasik. Kalau korang tak tau apa tu Lasik, boleh cuba search enjin carian google untuk lebih detail. Erti kata mudahnya, lasik nie rawatan laser yang menghilangkan masalah rabun secara total! Setelah timbang tara kebaikan dan keburukan  dan baca apa yang patut, akhirnya dengan berani aku buat appointment dengan seorang Pakar yang cukup aku kagumi. Guess who?


She is Professor Dr. Muhaya!

   That time masa aku try contact dia, dia dah pun buka pusat rawatan lasik sendiri. Sebelumnya beliau berkhidmat dengan Prince Court Medical Centre kalau tak salah. Currently her eye's lasik centre located in Kajang. Memang senang nak cari, guna waze pun boleh jumpa. Aku called dan pilih tarikh temujanji yang bersesuaian dengan kelapangan aku. Staff yang angkat call pun sangat peramah dan mesra. Tak kelam kabut macam sesetengah orang. Dia juga memaklumkan beberapa hal penting yang aku kena patuhi sebelum berjumpa dengan Prof Muhaya nanti. Antaranya :
  • Aku diberikan tarikh temujanji 2 hari berturut-turut. Contohnya, 8hb examine mata. Then next day 9hb tu kalau mata sesuai, lasik boleh terus dijalankan. Kalau tak sesuai, sehari je dapat jumpa Prof.
  • Tidak dibenarkan memakai contact lens 2 minggu sebelum tarikh temujanji untuk check kesesuaian mata. Apa jua keadaan kena pakai spek.
  • Mata akan diperiksa untuk memastikan adakah mata kita sesuai untuk menjalani rawatan lasik. Contohnya nak examine ketebalan cornea mata kita. Adakah cukup syarat untuk buat rawatan nie.
  • Of course kena tanya tentang fees / bayaran. Hehe.
  • Kena datang dengan escort. Sebabnya lepas check mata atau lepas rawatan nanti, kita tak boleh drive sendiri. Ada sesetengah orang berani je nak drive sorang. Tapi aku tak naklah. Takut membahayakan pengguna jalan raya lain. (lepas keluar klinik dia, baru setuju dengan saranan nie! Sangat bahaya kalau drive sendiri.)

Hari kejadian, aku pergi dengan escort. Berdebar-debar sungguh rasa. Apa yang paling utama, tak sabar nak bertentang mata dengan Prof. Masa yang aku tunggu pun tiba, dia menyapa aku dengan ramah saat tangan ini menolak perlahan pintu biliknya!

Thursday, 5 January 2017

An angel's who willing to listen - Bidadari yang sudi mendengar

In our life, there is a lot of things will come and go like we don't really expected. Who knows about things that already written in our pathway?


Entry kali nie aku nak share tentang ujian dan halangan. Sepanjang pengalaman aku, bila ada masalah atau ada benda yang menyesakkan fikiran, aku kena luahkan. Aku kena share. Share with someone yang aku betol-betol boleh percaya. Untuk satu tempoh masa yang lama, aku akan bercakap, bercakap, bercakap dan bercakap. Sampailah orang yang mendengar pon rasa nak muntah. Sebab asyik ulang benda yang sama. Kekecewaan dan frustrated gitu. Menzahirkan semuanya sampailah seluruh isi hati 'tertumpah' ke luar.


Here, i wanna share some interesting story. 
I know this young girl about ages. We are really good buddies eventho selalu jugak berselilisih pendapat. Dia memang seorang yang sangat pendiam kalau diminta untuk berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali.  Kali pertama kenal dia, aku rasa kereekkk sungguh minah nie. Kadang-kadang ada orang yang mengaku tidak sukakan dia tanpa sebab. Tapi bila dah kenal lama dan boleh ngam, dia memang berbeza. Sangat witty, naughty, happy go lucky, funniest person ever dan yang paling utama she is so clever. Witty with the brain? Yah. Kalau lelaki tengok, mungkin boleh jatuh cinta dengan perwatakan dia yang sangat menyenangkan. 

But, here come the challenge and a big test for her.
This friend of mine, ada satu tabiat yang memang agak menjengkelkan. Bila dia tak sukakan satu-satu benda, dia memang akan sangat jujur menzahirkan apa yang tersirat dihatinya. Kalau dia tak setuju atau annoying dengan satu perkara, she made it very obvious on her face. Orang sekeliling dan kawan-kawan rapat yang dekat dengan dia memang banyak makan hati dan menyimpan rasa. Dia memang sebegitu. Bila aku tengok situasi ini, fahamlah aku sebab sebenar kenapa ada part yang menyebabkan dia kurang disenangi. Dia pernah datang dan mengadu tentang perkara-perkara sekeliling yang dia tahu orang memang tak senang. Dia tahu kalau ada orang yang selalu mengata dan mengumpat di belakangnya. Perempuan. Itu memang hakikat. Aku tak kata kaum lelaki tak buat benda-benda remeh mengumpat nie. Tapi bila berdampingan dengan mereka, ia mengiakan andaian aku selama nie.


One day, she told me that one of her friends made she feel so terrible. 
She was crying so hard, sampai tersedu-sedu dan hilang suara. Aku yang mendengar hanya diam dan memasang telinga. Selama bertahun-tahun mengenalinya aku tidak pernah melihat dia menangis dengan sebegitu teruk. Aku yakin, she feels so bad for thing that happen to her. Kenapa aku cakap macam tu? Dia bukanlah seorang yang sangat mudah mengalirkan air mata. Pernah satu ketika, one of her family member passed away and she won't shed even a drop of tears. Dia memang seorang yang kuat, hati kental dan bukan kategori lemah. So bila jadi macam nie, aku memang sangat terpaku. Sangat terkejut. Automatik, hati aku jadi terhiba sama.  Like crying is not suit to her personality. Lepas mendiamkan diri beberapa lama, aku mula bertanyakan soalan. Dengan nada yang masih tersedu-sedu, dia mula bercerita...


"Aku ada sorang kawan nie. Orang yang selalu dengar masalah aku. Orang yang aku percaya dan orang yang paling dekat dengan aku buat masa nie."
Dipendekkan cerita, kawan yang setia mendengar semua masalah dia selama nie turn back on her. Macam mana? Apa yang aku faham, kawannya yang selama nie memang setia mendengar dan sabar memberi nasihat yang baik dan lemah-lembut, mula menghakimi sikap dan caranya. Daripada mendengar dan memberi response dengan baik, kawan dia mula menghakimi semua situasi dia. Judgemental. Bagi orang yang pernah melalui situasi ini, pasti mengerti apa yang aku maksudkan, Sebenarnya, bila kita meluahkan rasa hati dekat orang lain dan kongsi apa yang kita lalui, its not all about the problem. Kita hanya nak orang mendengar dan 'terhayun' sama dalam buaian perasaan kita. Kalau boleh nak ada orang boleh consult dan feels apa yang kita rasa. Sudi tumpangkan bahu walaupun cuma sekejap. Bukan lah maksudnya kita bagi bahu kita, dan dia landing. Itu harammm. Apalagi kalau tak sejenis kak ngah oiii. Hahaha. Bagi dia rasa ketenangan dan lega. Bukan orang lain, dia sahabat kita kan? Kawan kita. Orang yang bila kau susah, dia lah orangnya yang menolong. Orang yang mana tahu, dalam diam doakan kesejahteraan kita sekeluarga. Who knows right?


"Aku tak kisah kalau dia nak tegur aku. Tapi bila dia dah pandang kita dengan satu pandangan yang sinis, tak ke pedih? Sedih sebab akhirnya kita tahu, sebenarnya kita dah menyesakkan otak orang lain tanpa sedar..."

Aku tetap mematikan diri. Cuba menghadam sepenuhnya apa yang cuba dia sampaikan. Aku tahu, kali ini dia memang terluka. Selama aku kenal dengan peribadinya, jarang sekali dia mahu menyebut tentang kelemahan orang lain. Jarang dia memburukkan orang lain. Apa yang paling ketara bila dia marah adalah riak wajah yang mencuka. Bila dah boleh seimbangkan diri, dia akan berdepan dan suarakan apa yang dia tak puas hati. Betul lah, cara macam nie tak semua orang mampu hadam. Tak semua orang boleh terima. Mungkin orang kita lebih suka pendam dan umpatan. Simpan ketidakpuashatian dan luahkan dengan orang yang salah. Well, kalau kita bercakap hal orang lain walaupun perkara benar itu umpatan. Tapi kalau bercakap perkara yang salah dibelakang tuannya, itu fitnah. 

Jadilah bidadari cantik yang setia mendengar. An angel's that willing to listen..you will looked so attractive in this kind of personality..

Sebarkan lah kebaikan. Buatlah baik dengan semua orang. Please, jangan disemai sikap menghakimi. Don't forget, saat kita mndengar kelemahan dan permasalahan orang, tanpa sedar Tuhan juga menguji kewarasan akal fikiran kita. Boleh jadi saat itu kita merasakan, kedudukan kita jauh lebih baik daripadanya. Nauzubillahu min zalik. Kebaikan itu tidak pernah membebankan. Tuhan pasti membalas. Sometimes, bonus / ganjaran Tuhan nie datang tanpa diundang. Waktu kita betul-betul memerlukan. Tak rugi, sebab Tuhan dah janji 100%

N.O.A
Maghrib, 5 Disember 2017

Hajat tahun baru 2017

New chapter begin

It is a common thing and not a new thing to pray and make a new wishes plus dreams for this coming new year. People always do this since a very long ago. Cliche? Gila, mana ada orang yang tak punya impian dan harapan baru sempena kemasukan ke tahun baru. 2017. What a nice number. 

Aku rasa, aku lah orang gila tu. Orang yang tak pernah ada tujuan dan harapan tetap sejak dulu. To be honest bila aku kira-kira dan aku hitung, aku tak pernah ada harapan yang tetap atau specific wishes yang diharapkan setiap kali tahun baru. Kalau ada pon, well ia tidak akan pernah tertunai. Maal Hijrah, New year. Everything still be the same situation to me. Kalau orang lain sibuk merempit dan meraikan tahun baru dengan jayanya, dengan sangat bersemangat..tetapi tidak bagi aku. Keterujaan atau feeling excited tu macam satu benda yang asing pada aku. Especially bila meraikan tahun baru. Countdown to midnight is some kind a weird things to me. 

2016_

Tahun yang sudah berlalu. Pada aku tahun 2016 mungkin adalah tahun terburuk yang pernah aku lalui. Tahun yang aku diuji dengan macam-macam perkara. Tahun yang berlalu dengan sebegitu banyak timbunan dosa. Kalau cuba dihitung banyakya amalan dan kemaksiatan, malaikat yang setia dibahu kiri ini pastinya lelah dengan catatan dosa yang bagaikan tiada penghujungnya. Kitab amalan itu andai diselak satu persatu, pastinya mual yang dirasa. Loya dengan perbuatan yang memang nyata berdosa. Kedhaifan yang jelas nyata.

2017_

Permulaan tahun baru ini, aku masih merasakan hambar dan sama. Tiada tujuan jelas. Tiada tujuan tepat. Entah  kali ini rasanya tidak seperti tahun sudah. Aku berkeinginan ingin membina azam baru. Bila menghitung umur menggunakan jari-jari, aku malu. Umurku makin banyak, Tuhan. 
May Allah forgive us and spare His Mercy. Sesungguhnya aku pendosa tegar!


Moga Tuhan mengabuli permintaan aku, kamu dan kita semua. Siapa tahu, ini tahun terakhir kita?

Late New year post.
-N.O.A-

The Legend - Liana Afiera Malik (L.A.M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. *** Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa sempena bulan Ramadhan yang ...