Saturday, 22 April 2017

Loved, Hatred - Part 2

Love and Hatred - Part 2
Edited by : orchid7

Selepas aku baca mesej dia berulang kali, mata aku berpinar-pinar. Jantung aku berdegup laju. Ini malapetaka. Naluri aku mengatakan ada sesuatu yang bakal terjadi dalam hubungan kami.

"Abang ada masalah ke? Apa maksud abang sebenarnya?"

Mesej itu aku taip dan aku padam. Sekali lagi aku taip ayat yang sama dan selepas seketika aku padam semula. Jelas, memang aku kehilangan kata. Akhirnya, hanya ini yang mampu aku taip.

"Oh, okey. Nanti kita bincang bila abang balik sini."

Buat pertama kalinya dia tidak membalas mesej yang aku kirimkan. Tekaan aku seolah-olah benar. Tuhan, tolonglah aku. Detik ini, aku memikirkan tentang ujian yang tertulis khas dalam sisipan hidup aku. Inikah bahagiannya? Dua hari selepas itu, kami bertemu. Aku lebih banyak mendiamkan diri dan hanya tersenyum sahaja bila diajukan soalan. Kami keluar makan dan memerhatikan suasana. Malam itu, bila dia menghantar aku pulang. Sekali lagi aku cuba menyoal apa yang terlintas dihati ini. Nada pertanyaanku lebih rileks walaupun hakikatnya hati sudah menghidu sesuatu. Perlahan dia menggeleng. Selepas didesak beberapa kali barulah aku mengerti. Dia telah menunaikan solat istikharahnya sekali lagi bila kami sudah bertunang nie. Hasil istikharahnya, kali ini bukan wajah aku lagi yang muncul dalam mimpinya. Dia menyebut tentang perempuan lain yang tidak dikenali. Aku tahu dia berbohong. 

"Cakaplah betul-betul. Abang kenal perempuan tu kan?"

Hampir sejam berdolak dalih dan tak tentu hala, dia mengaku juga akhirnya bahawa perempuan itu adalah senior ditempat dia bekerja. Allahurabbi. Nyata telahan aku tidak salah. Syak wasangka ini mengena. Aku masih tenang dikerusi. Tangan ini aku genggam erat tanda ada sejuta perasaan terpendam dihati. Sesekali aku tersenyum sendiri. Dia menangis dan terus menangis. Pelik. Kau menangis selepas bagitau aku semuanya? Aku tarik nafas dalam-dalam. Bukankah aku yang terluka?

"Baliklah. Berehat. Kalau minggu nie awak balik lagi, bincanglah dengan family. Saya ikut je apa yang awak mahukan. Hal macam ni bukan boleh dipaksa."

Sedikit pun aku tidak lalu lagi untuk mengangkat muka. Tanpa berfikir panjang, aku buka pintu kereta dan melangkah keluar. Aku sempat melemparkan senyuman sebelum merapatkan pintu kembali. Aku tahu dia merenung sayu. Dia menurunkan cermin tingkap dan meminta aku masuk semula. Aku menggelengkan kepala laju. Aku nampak dengan jelas air matanya mengalir laju menuruni pipi. Dia menangis teresak-teresak. Tapi hati ini lebih perit ya Allah. Aku tidak mahu menangis sama sekali dihadapannya. Takkan!

"Awak balik lah. Esok nak kerja. Saya betul-betul tak larat. Nak berehat."

Tanpa berlengah aku masuk ke laman rumah, tangan ini menggigil cuba membuka pintu grill. Usai masuk ke dalam rumah, aku menghempaskan pintu. Detik itu hujan airmata bagaikan air sungai yang mengalir deras.

"Ya Allah, sampai nya hati abang!"

Dipendekkan cerita, inisiatif keluarga yang membawa penyelesaian pada permasalahan ini. Aku berhenti kerja serta-merta selepas mengalami kemurungan dan kesedihan yang tak terbendung. Silap aku, aku tak pernah menceritakan hal ini kepada sesiapa. Malah bila keluarganya telefon dan bertanya apa permasalahan kami sebenarnya, banyak kali aku menyebut bahawa aku yang salah. Aku tidak pernah menyebut yang sebenarnya dia sudah 'terjatuh' cinta pada orang lain. Aku selalu fikir, mungkin diri aku tak cukup baik merupakan faktor utama dia menjauh dan mula rasa muak dengan aku. Entah.

After a few months cari solution tentang masalah kami, akhirnya kami sepakat untuk menamatkan semuanya. Kali ini aku nekad! Cukuplah. Hati ini betul-betul tawar. Bila keluarga kami tahu perkara sebenar setelah dia yang membuka rahsia, mereka semua kasihan dengan nasibku. Argh. Nasi dah jadi bubur. Aku ada menghubungi si wanita yang tidak bersalah dalam cerita ini. Aku merayu supaya dia menerima tunangku. Jujur, aku nak sangat tengok dia bahagia. Biarlah aku yang hancur sepenuhnya. Dia terkejut dengan kesungguhan aku. Tak percaya ada orang seperti aku yang merelakan bakal suami dicantas perempuan lain. Huhu. 

Sebenarnya antara asbab aku betul-betul tawar hati adalah sikapnya yang mengejutkan. Perbuatan dia yang memburukkan aku dihadapan seisi keluarganya benar-benar menghakiskan saki baki hormat aku padanya sebagai seorang calon suami. Dia ada menyebut tentang beberapa sikap dan cara aku yang tidak disenanginya. Dengan aku tak pernah pulak cakap. Taknak pulak tegur. Tapi depan family, kau cakap semuanya? Hish. Sadis. Keduanya, dia berdolak-dalik samada mahu meneruskan hubungan kami ataupun tidak. Dulu masa nak masuk meminang, kemain tak sabar ea. Inilah rupanya pendedahan perangai buruk masing-masing. Belum lagi berumah tangga! Ketiga, senior tersebut yang bekerja sepejabat dengannya menunjukkan rakaman perbualan mereka dimana tunangku memburukkan aku semasa dalam proses mengayat dirinya! What the fish! Aku memang tak salahkan dia. Cuma aku tidak dapat menahan kehadiran rasa kecewa. Sebak. Sekali lagi aku terfikir, buruk sangat ke aku nie? Hahaha. Dia ada menyebut, sapa tahu kalau kami putus sekarang dan jatuh cinta semula di masa hadapan? Aku ketap bibir.

"Mana tahu, selepas 5tahun kita jumpa semula dan jatuh cinta?"

Hari ini, saat aku ceritakan kisah ini. Genap 6 tahun kami putus hubungan. Allah makbulkan doa aku supaya tidak bertemu empat mata dengan dia langsung. Dia telah pun berumah tangga. Tapi dengan orang lain. Hmm. Bukan dengan senior yang muncul dalam istikharahnya dulu. Mungkin baginya hal ini kecil, tapi iya meninggalkan kesan yang cukup besar pada aku. Antaranya :
  • Sampai saat ini, aku takut untuk jatuh cinta semula. Aku takut kalau-kalau situasinya berulang dimana takda orang yang boleh menerima keadaan aku seadanya. Aku takut nak lalui proses reject yang serupa lagi.
  • Aku jadi terlalu fobia dengan lelaki. Sampai satu tahap, bila berurusan dengan mereka aku akan jadi hyperventilate, tremors dan jantung bergerak laju.
  • Sikap dan cara aku banyak berubah. Aku jadi orang yang lebih kasar dan pendiam. Ayah dan mama lah orang yang paling kecewa melihat kejatuhan anak gadisnya.
  • I'm having relapsed all over again and my health condition became deteriorated.
Banyak hal yang aku kaji bila terjadi perkara sebegini. Mungkin waktu itu kami masih terlalu muda. Masing-masing masih cuba mengenal rentak masing. Cinta, kasih sayang memang satu anugerah. Tapi hakikatnya kadang kita lupa bahawa rasa itu hanya pinjaman semata-mata. Lupakah kita Tuhan juga memegang kunci ujian dan hikmah?

Things really changed alot. Loves. Hatred. We never know this is happening. Aku akui, pengalaman ini menjadikan aku orang yang terlalu paranoid. Terlalu sensitif. Apa yang paling meruntun hatiku, Ayah dan Mama juga terheret sama. Mereka menangis melihat aku yang sakit dan kemurungan. Itu lebih menyakitkan hati. Ayah sebagai seorang imam yang menikahkan orang lain, tetapi anaknya tidak jadi berumah tangga. Bila ada jiran atau saudara mara yang bertanya, aku nampak kekecewaan daripada wajah ayah. Bukan kerana anaknya tak jadi bernikah dan punya keluarga, tapi mengenangkan kesan kejadian ini pada aku. Anak yang paling keras dan kental jiwa lebur dalam sekelip mata. Mama, bila menyebut tentang hal ini she will cry. Dia selalu terbayangkan keadaan aku yang terlantar sakit dulu. 

Aku mula belajar mengasingkan diri dan kurang bersosial. Ini termasuk memadamkan akaun laman social yang sedia ada. Aku tukar no telefon dan elak bertemu dengan rakan-rakan sekolah. Mana yang baik dengan aku, terkilan sama bila perkara ini terjadi. Aku tidak pernah langsung bercerita dan menghilangkan diri. Hasilnya mereka buat kesimpulan bahawa akulah punca si dia memutuskan pertunangan. Tuduhan mereka tidak pernah aku iyakan mahupun cuba disangkal. Tiada usaha langsung untuk menjernihkan kata-kata orang. Bermacam spekulasi yang dilemparkan tidak aku pedulikan.

Perancangan Tuhan memang sempurna. Dalam keadaan aku yang serba tak kena, surat penempatan tempat bertugas sampai dipintu rumah. Ini peluang aku untuk keluar daripada semua benda yang menyesakkan. Waktu untuk aku betul-betul membawa diri daripada penempatan asal.

Alhamdulillah, Tuhan masih panjangkan nyawa dan beri aku peluang bernafas. Still same, struggle for life and bear the pain. Sekali-sekala bila terkenangkan kisah lalu, ada satu tikaman halus yang menyentak hati ini. Tanpa sedar airmata ini mengalir. Dalam diam sebenarnya aku bersyukur. Tuhan jadikan satu-satu hal itu dengan bersebab. Andai takdir Tuhan merentap nyawa ini seawal usia muda, tiada penyesalan yang betul-betul membebankan. Diri ini pernah diberi peluang untuk menyelami perasaan belajar tentang cinta. Pernah mandi tak basah dan tidur tak lena.

Sehingga hari ini, Tuhan kabulkan doaku. Tidak pernah sekalipun aku bersua muka dengannya. Walaupun jarak rumah kami tak jauh mana. Sekarang aim aku, nak bertahan hidup selama mana yang Tuhan takdirkan. Hidup dengan cara aku, bahagiakan ayah dan mama. Mati dalam nikmat Islam & Iman. 😄😄😄

Biarlah rahsia jodoh itu tersimpan sampai bila-bila. Aku tak percaya tentang kemanisan happy endings, tapi aku yakin dengan takdir Tuhan. Cinta, dah jadi sejarah. Benci, takda sekelumit pun rasa benci. Kecewa, dah lama berlalu. Tapi, bicara tentang lelaki? Hmm.

Who knows what will happen tomorrow? Another challenge.

The Legend - Liana Afiera Malik (L.A.M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. *** Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa sempena bulan Ramadhan yang ...