Tinta kali ini terlintas difikiran since kita nak menyambut Ramadhan yang tinggal baki sehari saja lagi. InsyaAllah. Allahumma ya Allah, sampaikan kami pada Ramadhan. Jadikanlah Ramadhan kali ini jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya.
Definisi Ramadhan bagi setiap
orang memang berbeza. Begitu juga aku. Setiap kali Ramadhan tiba, sambutan
meraikannya pasti tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Berperingkat mengikut
perubahan usia dan suasana. Argh! Rindu rumah.
Mengimbau kenangan lepas, cara menunaikan ibadah puasa di zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa memang lain. Childhood, that time masih terikat lagi dibawah pengawasan abah sepenuhnya. Mak juga macam tak sudi nak berkompromi langsung. Strict yang teramat sangat. Our family rules, we have to start learn about puasa, from age 5 years old. Muda kan? Abah latih kami untuk berpuasa penuh. Start darjah satu dah kena puasa 30 hari. Without any rewards yang macam parents lain janjikan. Aku ingat lagi, abah akan pastikan kami bangun sahur dan ambil makanan berat. Dengan pelupuk mata yang masih berat, nasi disuap perlahan. Siapa yang slow, memang kena panahan tajam mata abah. Automatik hilang ngantuk.
Macam mana bangun sahur?
Abah guna cara yang paling mudah.
Picitan pada ibu jari kaki. Bukan yang
jenis lembut, penuh kasih sayang tu. Tapi picitan yang sakitnya terasa sampai
kepala. Hahaha. Siapa yang degil tak nak bangun tu, memang tunggu nak kena
simbah dengan air segayung lah. Selesai sahur berjemaah dan kemas dapur
sekadarnya, abah suruh kami semua berwudhuk. Duduk berkumpul dibilik solat. Di
rumah kami, abah sediakan satu bilik khas untuk solat dan mengaji. Sementara
nak tunggu waktu solat, abah didik kami supaya baca Al-quran atau tunaikan
solat sunat. Ini wajib bagi mereka yang dah bersekolah.
Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan
bagaimana?
Suprisingly, abah dah siap buat
jadual! Huwaaa. Usai solat subuh, zikir dan disudahi dengan doa (tadah tangan
sambil tersengguk-sengguk) kami duduk membentuk bulatan. Abah akan beri
tazkirah pendek dan seterusnya membahagi-bahagikan bahagian bacaan Quran
mengikut juzuk. Setiap orang akan diberikan tanggungjawab menyudahkan bacaan
Quran sekurang-kurangnya satu juzuk seorang bagi setiap waktu solat. Oleh sebab
dalam sehari tu kena sembahyang 5 kali kan, maka setiap orang mesti sudahkan 5
juz dalam sehari. Kalau tak sempat, abah izinkan drag sampai dua hari. Tak
boleh lebih daripada itu! Hasil kaedah seperti ini, setiap kali Ramadhan kami
sekeluarga akan khatam Quran bersama-sama. Banyak kali khatam kot! Dengan mata
yang mengantuk, bacaan tetap diteruskan. Abah betul-betul mendidik dengan
tegas! Takda tolak ansur langsung.
Hiburan di bulan puasa?
Almost none! Aku memang tak boleh
nak lupa hal yang satu ni. Bila bulan puasa, abah akan potong wayar TV. Takda cerita
kartun, takda tayangan masak-masak yang menyelerakan sementara nak tunggu waktu
berbuka. Kata mak, abah tak mahu kami terliur dan buang masa. Kalau waktu
maghrib lewat, macam pukul 7.30 ke memang melepet lah melangok depan TV yang
tak dihidupkan tu. Pernah aku nampak abah senyum sambil menggelengkan kepala
bila tengok kami semua berlonggok depan TV dengan muka seposen. Kononnya minta
dikasihani. Hmm. Abah macam tu jela, tak lut langsung dengan rayuan kami. Dia
galakkan kami beriadah dan kayuh basikal. Memang takla. Penat!
Tak pernah ke curi-curi minum?
Aih. Ini memang wajib. Hahah.
Bila sesi persekolahan dah bermula, kami memang jadi sangat lemau dan tak
larat. Lebih-lebih lagi bila cuaca panas terik. Balik sekolah, mesti berkubang
lama dalam bilik air. Ada juga lah mak menjerit dari luar. Kami masing-masing
buat dekk. Paling tak menahan, tengah syok sedut air kolam ada suara angah yang
menegur dari bilik air sebelah. Oiii, minum air! Hishh, hampeh betul. Keluar
bilik air je, muka segar bugar. Bila mak jeling, kami buat-buat tak faham.
Darurat mak. Ini darurat! Anak mak ini kekeringan.
Berbuka puasa. Waaaaaa!
Bila dengar saja azan maghrib
dilaungkan, kami cepat-cepat buka tudung saji. Sekali lagi abah menjeling
tajam. Mak tak hidangkan apa-apa atas meja. Takda juadah yang keterlaluan.
Hanya ada kurma yang disusun elok dalam piring dan satu jug air panas (milo
atau susu). Berbuka dengan air panas dan kurma. After that, kami kena berwudhuk
dan bersiap untuk solat maghrib. Abah memang tak bagi kami berbuka dengan air
ais. Itu memang dilarang sama sekali. Kami faham, tapi akal kami memang
panjang. Botol air mineral yang diisi air putih petang tadi elok tersorok
dibelakang plastik ikan mak dalam freezer! Hahah. Lepas abah masuk bilik
sembahyang, kami berebut-rebut buka peti sejuk. Slow and steady.
Terawih yuk?
Abah memang latih kami solat
terawih berjemaah di surau. Ramai-ramai jalan kaki pergi surau yang jaraknya memang
dekat dengan rumah. That time, bulan dan bintang memang banyak. Seronok
memerhatikan ciptaan Tuhan sambil jalan kaki dengan mak. Abah? Abah tak jalan
kaki sama-sama. Dia naik motorsikal. I won’t forget that moment. Kami tunaikan
solat terawih sebanyak 20 rakaat dan solat sunat witir 3 rakaat. Sekali sekala,
kepala terlentok-lentok ketiduran. Jemaah lain yang solat disebelahku tersenyum
sumbing. Kali ni tak perlu nak risaukan abah. Sebab abah yang mengimamkan kami
semua. Tiada tenungan tajam.
And after 20 years,
Semuanya macam jadi kenangan. Kami
semua membesar dan bawa diri masing-masing. Ada yang dah berkeluarga dan bina
kehidupan sendiri. Takda lagi picitan di ibu jari kaki yang sakitnya, hanya
Tuhan yang tahu. Tak payah susah-susah jemur tilam yang basah bila abah siram
air segayung untuk mencelikkan mata kami. Tiada lagi paksaan makan makanan
berat. Adakalanya tak bangun sahur langsung. Tiada lagi jadual khusus sepanjang
menyambut bulan mulia ini. Tiada pantang larang yang pelik-pelik. Ada juga abah
minta kami buat pembahagian bacaan Quran sesama sendiri, tapi masing-masing
sibuk dengan urusan lain. Amalan khatam Quran di bulan Ramadhan macam sudah terlalu
lama ditinggalkan. Mengaji juga, tapi tidak berjaya khatam.
Bazar Ramadhan menjadi tempat
yang wajib dikunjungi setiap hari selama 30 hari berturut-turut. Nafsu dan
kehendak turut sama meraikan Ramadhan. Berbuka sekenyang-kenyangnya dan solat
maghrib di penghujung waktu. Bila mana aku sudah bekerja, tuntutan tugas
menyebabkan aku terlepas peluang untuk solat terawih berjemaah di masjid. Selesai
segala urusan dunia dan pulang dengan tubuh yang kepenatan, aku hanya mampu
melakukan solat terawih sebanyak 8 rakaat sahaja. Itupun hanya pada hari cuti saja
aku berjaya ke masjid.
Sekali-sekala macam terfikir bila
dah meningkat dewasa tanpa pengawasan mak abah, amalan di bulan Ramadhan makin
lama makin kurang kualitinya. Sedih. Teringat kata-kata mak, bila kita
sungguh-sungguh puasa dengan niat ikhlas, saat menjelang syawal nanti semuanya
akan jadi indah dan menyeronokkan. Susah senang kita menjalani ibadah puasa terasa cukup berbaloi. Perasaan dan nikmat itu hanya mampu dirasakan oleh mereka yang
berpuasa dan beribadah kerana Allah. Teringat didikan abah yang cukup berdisiplin.
Sungguhpun begitu, hati ini rindu rumah. Tak semua orang bernasib baik ditemukan
semula dengan bulan Ramadhan pada tahun yang akan datang. Selagi mana kita
hidup, peluang seperti ini tak patut dilepaskan.
This year, lets grab that opportunity.
Siapa tahu, umur tak panjang.
Untung jadi anak anak abah.
ReplyDeleteBtul tu..Perasaan yang sama saya rasakan..Kenikmatan puasa bramai2x...Kemeriahan bbke n bsahur bsama adik bradik amat dirindukan..Kini masing2x sdah mmpunyai kehidupan sndiri..Kdng terasa rndu saat2x kmeriahan n keseronokan mnyambung puasa..😢😢😢
ReplyDelete