Wednesday, 21 February 2018

Healing_

Lately nie terlalu banyak benda yang terjadi. Otak macam tak berfungsi dengan baik. Emosi jadi kurang stabil. Disebabkan dua hal ini, segala macam urusan jadi terganggu. This is so stressful. Selalunya bila stress, normally kita akan jadi lebih sensitif. Bila sensitif, dengan mudahnya salah faham boleh berlaku. Orang sekeliling bukannya terrer sangat nak predict apa sebenarnya yang kita rasa.

"What do you expect actually?"
"Orang lain yang tengok kesedihan kau akan menangis sama?"  
"Never! It won't happen in that way. Percayalah."
         
Takda satu orang pun dalam dunia ni yang betul-betul boleh faham masalah kita dengan cukup sempurna. Takda siapa pun yang boleh scan sebenarnya apa yang terdetik dalam hati kita. Takda satu umat pun yang boleh tengok dan baca kekusutan hati kita dengan sebaik-baiknya. 

          Yes, Ibu atau Ayah kita mungkin boleh faham yang kita dalam kemelut masalah. Suami atau isteri yang dicintai juga mungkin boleh rasa perubahan diri yang ketara. We are human, of course our body will react accordingly. Those valuable tears will pour down from your beautiful eyes. And your heart will broke like a ship that sink down to depth of the ocean. Sahabat rapat mungkin boleh trace, that there's something wrong with you. But not in a perfect tune! Mereka semua hanya boleh assumed, tapi tak boleh tahu dengan sempurna dan sebaik-baik macam apa yang kita tanggung.

Kadang-kadang, dengan hal yang remeh-temeh pun kita boleh menangis macam seisi dunia ni nak terbalik. Macam yang disebutkan, kita hanya manusia biasa. Akal kita jarang sama sekali menidakkan mainan perasaan. Sebabnya soal perasaan lah perkara yang terlalu sukar untuk dikawal. Bagi orang yang sudah sedia untuk lemas dalam lautan perasaan, we can’t help it. Bukanlah bermaksud dengan mengikut perasaan, kita akan bertindak terjun bangunan, bunuh diri atau sekadar mencederakan diri. Our body, will do their part. They also can’t lie in proper way. Menangis, termenung, dan moody. Come on, we are human! It is too normal nak control bagai ni.
     
Bila menulis tentang hal ni, aku jadi terdiam. Sebenarnya setiap orang memiliki cara tersendiri untuk menguruskan stress. Tipu sangat lah kalau ada orang yang mengaku tak pernah melalui fasa stress. What make it different is, how you manage or overcome your stress. Tekanan boleh menyebabkan kita jadi orang yang sangat sensitif dan panas baran. Semua benda akan jadi tak kena dan kita akan selalu kalah dengan perasaan sendiri. Tapi bila kita tengok orang lain stress, kita tak pernah nak faham tentang stress itu sendiri. Yelah, bukan masalah sendiri. Ironi kan?

Aku pernah melalui fasa kepala terasa macam nak pecah bila sesuatu terjadi di luar kawalan. Aku menangis, meraung, termenung, buat macam-macam aktiviti untuk lupakan sejenak masalah yang ada. But sadly, nothings work!

Aku jadi lebih pendiam dan banyak habiskan masa dengan termenung. Banyak kali ulang dalam kepala, kalaulah aku boleh buat semua masalah yang aku hilang sekelip mata. Kalau lah aku boleh buat semua rasa yang tak best ni vanish.

Reading the books. Coloring. Drawing. Shopping. Enjoy the scenery. I did it all anyway. Tapi semuanya macam tak berkesan bila tengah melalu fasa down ni. Feeling down ni memang sangat susah nak di terjemahkan. Kau cuba nak describe macam mana pun, orang takkan faham akan keserabutan kau tu. In fact, kau sendiri tak tahu kenapa kau boleh rasa macam tu.

Semua ni berlanjutan sampailah satu hari aku jumpa turning point yang paling mujarab. Disebabkan aku sangat percaya dengan satu-satu hal mengikut teori dan analisa, pada awalnya aku memang tak percaya yang kaedah ni boleh berhasil.

Solat dan Doa.

Selama dah berpuluh tahun hidup ni, aku hanya solat dan berdoa sebab nak lengkapkan rutin harian aku. Ada sorang kawan baik aku pernah sebut bahawa solat itu bermaksud kita ni orang islam. And for me, selalunya bila aku solat aku tak pernah letakkan hati aku sepenuhnya.

Pergerakan solat aku sentiasa laju, takda tertib yang sepatutnya. Bayangkanlah solat aku selama berpuluh tahun ni dengan cara dan kaedah yang macam tu. Sedih woi!

Ceritanya begini, entah macam mana ada satu waktu solat maghrib ni aku tergerak lah nak ambil wudhu’ dengan cukup sempurna. Sebelum masuk tandas, aku baca doa dan sebelum memulakan wudhu’ aku beristinjak terlebih dahulu. Setiap bahagian anggota wudhu’ aku basahkan sebanyak 3 kali. Aku tak lupa membaca niat dan selesai semuanya aku baca juga doa selepas berwudhu’. Even lepas semuanya, aku keluar tandas dengan doa juga. Perfect kan?

Pada aku perfect la, sebab sebelum ni semuanya macam cincai boncai je. Ikut dan je. Nak nak bila on duty, semua benda nak diselesaikan dengan kadar segera.

Selesai berwudhu, aku bersolat dengan cara yang betul. Tertib dan teratur. Setiap satu bacaan solat dihayati dengan sesungguhnya. Kalau sebelum ni solat maghrib yang 3 rakaat tu makan masa hanya 3 minit, kali ni aku bersolat hampir 9 minit. Berbezakan?

Benda yang paling syahdu, bila aku letakkan bahagian yang paling atas pada tubuh (which is our head) sama level dengan bahagian yang paling rendah (which is our foot). Allahurabbi. Bila mana aku selesai memberi salam, entah kenapa hati aku rasa sebak sangat. Dah lama tak rasa damai dan tenang macam ni. Walaupun aku belum lagi share burden aku, tenang ni datang lain macam.

Betul lah, hati jadi tenang bila kita selalu mendekati Allah. Jadi lapang bila kita selalu ingat padaNya. Sebab Dia yang jadikan hati ini, Dia yang Maha Tahu selok belok perasaan kita. Hanya dengan Dia kita tak payah susah payah nak jadi hipokrit. Cause He won’t judge us walaupun Dia lah sebaik-baik pengadil.

You guys should try this. Percayalah, korang takkan mampu lupakan feeling atau connection bila dekat dengan Tuhan. Serius, kelainan dia memang ketara.

Tuhan takkan pernah tinggalkan kita.

Selalu ada, setia pada letakNya. Menanti kita, sehina-hina kejadian kembali dalam dakapanNya.




True story_

Gentle reminder. Jalan cerita kita tak sama. Kisah kita mungkin berbeza.

2011. Aku duduk termenung lagi. Angin petang menghembus melalui bilah-bilah tingkap menerbangkan rambut yang kusut masai. Dah berapa hari ni, helaian rambut tu memang tak dapat sentuhan yang sewajarnya. Rutin harian aku masih sama. Termenung, menangis dan diam seribu bahasa. Mata ni memang dah terasa perit sangat. Mungkin kolah air mata dah kering. Itu yang perit semacam. Orang dalam rumah ni pun dah tak tahu nak buat apa. Seisi rumah macam dilanda garuda. Sunyi sepi, walhal rumah ni penuh dengan umat manusia kot. Salute habis, semua orang macam turut berhiba dengan apa yang dah jadi. Anehnya, takda sorang pun yang berani tanya apa sebenarnya yang dah berlaku. Masing-masing mungkin faham, jika soalan cepu emas yang dilontarkan makanya dia orang takkan nampak aku keluar bilik. Hmm. Actually, kalau dia orang tak tanya pun, memang aku rasa malas sangat nak keluar bilik. So, mungkin dia orang rasa better keep their mouth shut. Dan dua orang insan itu tetap setia memujuk aku untuk makan. Badan makin kurus. Muka makin cengkung. Aku tahu, sebenarnya bila mereka berdua tengok keadaan aku macam nie, hati dia orang macam disiat-siat. Apa yang ajaibnya, tak pernah sekalipun aku tengok mereka berdua ni nangis mengalirkan airmata depan aku walaupun wajah masing-masing keruh menahan rasa hati. Maaf, still. This pain refused to fading away!

Dah hampir sebulan aku macam ni. Still tak banyak tanda-tanda perubahan positif. Aku masih kurang bercakap. Masih belum boleh nak tinggikan suara marah-marah macam kebiasaan. Masih tersenyum hambar dengan lawak yang betul-betul kelakar. Kesian tengok orang yang effort gila nak tengok aku back to normal. Apa yang bertambah baiknya satu je, aku dah boleh nak keluar rumah. Tengok cahaya matahari dan ambil angin petang bawah pokok rambutan. Dua orang insan setia tu nampak happy tengok perubahan ni. Sekali sekala bila aku rasa nak menangis atau melalak, aku memang duduk sendiri jauh daripada mereka ni. Aku masih lagi diam dan tak banyak cakap. Bila ditanya, sepatah-sepatah jugak aku menjawab. Itu pun dengan satu nada je. Nak borak-borak macam selalu memang tak la. Entah bila ada bongkah emas berlonggok dalam mulut nie. Aku pun tak pasti. Tak lama lagi, mungkin boleh jadi taukeh emas agaknya.

Duduk bersidai bawah pokok macam nie memang seronok. Terutamanya, bila angin petang bertiup, pergh. Berangan dan mengeluh. Ini memang dah jadi kebiasaan. Entah bahagian column memori yang mana satu, tiba-tiba fikiran aku stuck. Serta-merta terbayangkan sebuah kisah hidup yang diceritakan tiga hari lepas oleh seorang lelaki yang aku gelarkan sebagai abang. A role model. Aku rasa dia pun ambil masa yang agak lama nak approach aku dan cerita pasal benda ni. Cara halus nak bagi aku berfikir dalam dan move on. A very good lesson indeed. Kisah orang menang yang membuatkan aku terpana berkali-kali. Dan siapa sangka, kisah dibawah pokok inilah membuatkan aku tekad buat keputusan akhirnya. Keputusan yang aku yakin tak sia-sia. Tapi itulah, this beautiful story juga membuatkan hujung mata aku bergenang sekali lagi. Demmit!

2000. There is one man. Kaya, berharta dan punya segala-galanya. Business yang diusahakan membuahkan hasil yang cukup lumayan. Senang cerita, kehidupannya mewah dan serba-serbi cukup. Keluarganya bahagia, isterinya cun melecun. Anaknya sepasang. Lelaki dan perempuan. Apa lagi yang kita dambakan andai kata semua ini memang mencukupi? Pada aku lah, dapat keluarga yang bahagia macam ini pun dah cukup bersyukur. Dapat duit banyak dan kaya raya memang satu bonus lah. Kan? Gila, siapa yang tak nak jadi kaya kan.

Ditakdirkan Tuhan, dia mengalami kerugian yang banyak dalam satu projek baru yang sedang diusahakannya. Pada awal fasa projek ini bermula, terlalu banyak dana dan modal yang dilaburkan. Ini termasuklah menggadaikan beberapa bidang tanah termasuklah tapak rumahnya sendiri. Disebabkan kerugian yang tidak disangka ini, namanya telah disenarai hitam oleh bank negara. I'm not very sure how the process goes, but the main point here is he just in loss. Great loss! Mahunya tak terkejut, modalnya untuk projek kali ini agak besar.

Kejutan makin bertambah apabila dimaklumkan bahawa semua kerugian yang dialami ketika itu disebabkan oleh perbuatan seorang sahabat baik yang mengkhianatinya! Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, isteri dan anak-anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh lari meninggalkan dirinya terkontang-kanting. Apalah daya seorang manusia yang sememangnya lemah? Sebesar-besar dugaan tentang perniagaan yang hampir musnah, sahabat baik yang mengkhianati, tidak akan mampu menandingi dugaan hati dan perasaan apabila ditinggalkan seorang isteri dan anak-anak. Hatinya terlalu sayu dan hiba. Dan apa lagi yang tinggal andai semua nikmat kegembiraan dan kebahagiaannya direnggut dalam satu masa serentak?

Dengan hati yang galau, dia memandu keretanya tanpa arah yang jelas. Sehelai sepinggang. Rumah besar yang selama ini dihiasi dengan gurau senda dan gelak tawa anak-anak, sepi. Walaupun terang benderang dan indah perhiasannya, semua jadi tidak bererti sekelip mata. Akhirnya air mata yang selama ini ditahan-tahan tumpah. Menangis sepenuh hati. Menumpahkan segala sesal dalam esakan yang menggila. Setiap satu soalan dibenak fikiran tentang segala hal yang terjadi dalam tempoh masa yang pendek itu tidak terjawab dengan sempurna. Semua pecahan persoalan itu umpama kepingan puzzle yang hilang dan tidak bercantum. That time, he just realized that the worst kind of sad is not being able to explain why.   Berulang kali dia berbisik, dia takkan mampu melalui semua cubaan ini. And once again, he cried.  Siapa tahu, ini mungkin kali terakhir dia mengalirkan air mata.

2006. Tiada siapa yang mampu menduga, hari ini dia mampu tersenyum pahit. Kopiah yang terletak elok diatas kepala dipegang sesekali. Tanpa sedar dia meraup wajah. Rumah lelaki berhati mulia yang didiami sejak tiga minggu yang lalu, ditatap dengan linangan airmata. Segalanya masih samar-samar. Sejarah lalu, kehidupan lepas semuanya kelihatan kelabu dalam memori. Sesungguhnya kata-kata ucapan terima kasih tidak akan mampu membalas setiap kebaikan lelaki mulia itu. Allah…

Tiga minggu lalu sewaktu dia sedang merayau-rayau mencari rezeki untuk menghilangkan lapar dan dahaga, kakinya berhenti melangkah dihadapan sebuah bangunan yang indah ukirannya. Bangunan yang luas itu menarik minatnya untuk berhenti seketika bagi menghilangkan penat lelah berjalan kaki. Siapa tahu ada makanan atau minuman yang terhidang nanti. Rambut panjang yang menutup sebahagian wajah hanya dibiarkan sebegitu. Seluar dan baju yang hilang rupa rekaan fesyennya juga tidak dipedulikan. Berkaki ayam juga tiada masalah.

Penat berjalan mengelilingi bangunan yang mempunyai kubah besar itu, dia duduk sekejap melunjurkan kaki. Bersandar pada sebuah tiang yang terletak di ruangan yang terbuka. Matanya dipejam menikmati istirehat. Secara tiba-tiba dalam katupan mata yang rapat, dia menangkap satu lintasan cahaya yang terang benderang disebelah kanan. Cahaya itu terlalu terang dan tetap memancar  di suatu sudut. Mengganggu. Kepalanya cuba dipalingkan untuk melihat daripada manakah cahaya itu dibiaskan. Namun gagal. His head just failed to follow the instruction!

Tidak sampai beberapa minit melepaskan lelah, telinganya menangkap suara lelaki yang mengalunkan bait-bait kalimat yang kedengaran asing. Alunan bait-bait kalimah itu ternyata mendatangkan tenang. Entah kenapa kali ini dia tidak berganjak seinchi pun. Redha dengan kedegilan kepala yang gagal berpaling untuk menangkap kelibat seorang lelaki. Walaupun biasan cahaya terang itu mendatangkan ketidakselesaan, dia tetap duduk kukuh dalam keadaan yang bersandar. Seolah-olah dia sendirian di ruangan itu. Walhal baru sebentar tadi, dia sempat memerhatikan senyuman seorang lelaki berpakaian pelik dengan baju panjang hingga ke buku lali. Lelaki yang berpakaian pelik itu tidak sekali pun bersusah payah untuk menghalaunya. Dan bait-bait kalimah itu diulang-ulang merdu beberapa ketika sehinggalah dia tersedar. Akhirnya perlahan-lahan biasan cahaya putih itu menghilang. Kelibat lelaki yang melaungkan bait-bait kalimah merdu itu juga turut ghaib. Kali ini dia sedar daripada lena yang panjang!

Dalam keadaan yang nyata menyegarkan, matanya terbuntang luas. Saat ini, tiba-tiba sahaja nafasnya terasa sesak. Dia duduk tegak untuk memulihkan nafas. Memberi ruang pada sepasang paru-parunya berkerja pantas. Selepas stabil, matanya mula menikmati suasana. Bangunan berkubah itu diteliti penuh minat. Bagaimana caranya aku berada disini? Hatinya terdetik, masjid! Serentak itu dia bangun, cuba merapikan baju dan seluar yang terasa komot. Dan ketika itu, tangannya berhenti. Matanya tertancap pada pakaian yang bersalut ditubuh. Dia benar-benar terperanjat dan hampir jatuh. Pakaian yang ada hanya menutupi bahagian tubuh yang sulit sahaja. Bajunya koyak rabak. Fikirannya keliru. Belum sempat tubuhnya melayang menyembam ke lantai masjid, ada tangan yang menyambutnya. Serentak itu dia mendengar lontaran kalimah, Allahuakbar!

Soalan yang dilontar lancar, terjawab akhirnya. Ini tahun 2006. Kalau mengikut perkiraannya, enam tahun sudah berlalu sejak kejadian malam itu. Dia masih ingat setiap satu perkara yang terjadi pada malam bersejarah itu.

Selepas penat memandu tanpa henti selama hampir 9 jam, dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Airmatanya kering. Kepala yang mula terasa berat, dijatuhkan atas stereng kereta. Kalau lah semua ini tidak terjadi, dia pasti sedang menikmati makan malam yang dihidangkan oleh isteri tercinta. Meleraikan anak-anak yang sering kali bertelagah tentang hal-hal yang kecil. Sepanjang perjalanan hatinya sentiasa berbisik, alangkah baiknya jika semua rasa sakit ini lupus daripada ingatan! Dengan kuasa Allah, pergolakan hati dan fikirannya mulai redha. Slowly, uninterruptedly he turn into a blank man. Black out. Selepas itu, apa yang terjadi juga hilang daripada ingatan. Semuanya tidak lagi direkodkan dalam kotak memori. Tuhan mengabulkan segala permintaannya.

Dan hari ini saat dia tersedar, enam tahun telah berlalu. Sepanjang tempoh itu dia menjalani kehidupan yang lebas dan bepas. Bebas tanpa perlu memikirkan sebarang masalah. Berjalan kemana-mana sahaja tanpa ada sebarang rasa bersalah. Fikirannya tidak lagi terbeban dengan hal yang remeh-temeh. Dia tidak perlu menghiraukan tanggapan orang lain yang kelihatan sini. Sepanjang tempoh enam tahun ini juga, Tuhan memberikan otak dan akal fikirannya rehat yang cukup daripada memikirkan sebarang perihal dunia. Tiada perasaan menekan dan bimbang. Tiada stress dan sakit kepala memikirkan urusan duniawi!

Detik ketika telinganya menangkap alunan ayatul quran pada tiga minggu lepas memang menjadi sejarah yang tidak mahu dilupakan. Selepas mendengar bacaan surah Al-Baqarah ayat ke-286, dia segera meminta bantuan lelaki yang berpakaian pelik itu menghantarkannya ke tempat dia meninggalkan keretanya enam tahun lepas. Tanpa sedikit pun prasangka dan kata-kata hinaan, lelaki itu sudi menghulurkan bantuan. Seperti yang dijangka, bayang keretanya tiada lagi disitu. Atas nasihat lelaki yang sebenarnya berjubah itu, dia bersetuju untuk membuat laporan kehilangan di balai polis berhampiran. Seperti yang diduga, masalah lain pula timbul.

Setibanya di balai, laporan yang cuba difailkan tidak diterima. Malah tiada seorang pun yang sudi mendengarkannya. Lelaki berjubah yang menumpangkannya sebentar tadi sudah pulang sebaik sahaja bersalaman dengan dirinya. Siapalah yang sudi mendengarkan cerita daripada orang gila yang kotor dan comot sepertinya? Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya gamitan tangan lelaki berhati mulia itu mengubah cerita pahit ini. Lelaki berhati mulia yang sudi mendengar ceritanya. Dan lelaki berhati mulia itu sama sekali tidak menghakimi dirinya yang kala itu memang jauh daripada sempurna. Comot, kotor dan busuk.

Dia dibawa pulang ke rumah lelaki berhati mulia itu. Kereta miliknya telah pun dijumpai. Hasil laporan itu juga, berdasarkan carian menggunakan no kad pengenalannya barulah dia mengerti bahawa selama ini dia memang telah disenaraikan sebagai orang yang hilang. Rambutnya yang panjang digunting pendek oleh seorang lelaki india. Owh ya, lelaki berhati mulia itu membawa dia ke kedai gunting rambut sebelumnya. Wajahnya juga dirapikan. Pakaian baru diberikan dan dia juga diminta untuk merehatkan diri dalam bilik yang begitu kemas. Makanan dihidangkan oleh isteri lelaki berhati mulia itu. Dia melahap dengan rakus. Hampir enam tahun dia tidak makan seperti ini. Disaat suapan nasi yang terakhir, airmatanya menitis. Lelaki berhati mulia itu menepuk bahunya perlahan. Mungkin mengerti.

Hari ini tiba akhirnya. Waktu yang tepat untuk dia berpisah dengan keluarga kecil itu. Lelaki berhati mulia itu memeluk tubuhnya rapat ke dada. Untuk kesekian kalinya, dia menangis lagi. Moga Allah merahmati hidupmu wahai lelaki mulia. Saat dia menghampiri keretanya ketika itu, serta merta dia teringat akan satu rahsia. Dibawah tempat duduk pemandu, ada satu ruang yang telah diubah suai untuk menyimpan barang-barang peribadi miliknya termasuklah wang tunai. Dia membuka bahagian itu pantas. Subhanallah! Maha suci Allah. Kepingan-kepingan wang tunai yang diikat kemas masih terletak elok disitu. Duit-duit itu diletakkan disitu dua minggu sebelum kejadian malam itu. Kalau tak salah, wang itu berjumlah kira-kira RM50,000. Dia mengambil segenggam helaian not wang kertas 100 tanpa mengiranya terlebih dahulu dan memberikannya pada lelaki berhati mulia itu. Pada awalnya, lelaki berhati mulia itu menolak. Setelah didesak berkali-kali, dengan teragak-agak dia mengambilnya juga. Senyuman terukir, ini semua kerana Allah…

2017.  Pagi ini aku bangun seperti hari kebiasaan. Malas. Bingung. Takda special aim. Will strike for the day for the best la konon. The most important thing is how to bear the pain for all coming 24 hours. Memang selalu macam nie. Bila dah sedar sepenuhnya, mata dah terbuka besar-besar baru otak running. Plan for the day and so on. After took wudhu' and perform prayer as usual, aku berkalih dan menerjah semula ke katil. Capai handphone and checked on mails. No new mails.

Dalam banyak hal yang pelan-pelan luput daripada ingatan, this story will never able to leave my mind. Jujur juga aku katakan, kisah ini sebenarnya selalu aku kenang bila rasa down. Bila rasa menggelabah nak cari sebab dan kenapa. Bila rasa macam nak putus asa dalam satu-satu hal. Bila wujud rasa sangsi dengan kehendak Tuhan. Kisah ini tak pernah gagal buat aku gementar. Sebagai orang Islam, satu-satu hal yang terjadi sebenarnya bukanlah kebetulan. Tapi takdir yang telah tertulis. Dan bagi orang macam aku yang imannya, kehendaknya, perasaannya dan pemikirannya sentiasa berubah-ubah kisah ini selalu jadi penguat untuk aku beringat tentang kehendak dan takdir Allah. Jika kita manusia selalu membuat penilaian daripada zahir dan outcome, Tuhan tidak pernah menidakkan kewujudan hikmah. Setiap kejadian memang berlaku dengan asbab. Cantik, teratur, dan tersusun. Someone said to me, kadang-kadang orang yang selalu menang dalam hidup nie permulaan dia perit. Ujian, musibah boleh jadi penguat untuk kita jadi diri yang baru. Sure time will heals all the broken heart. Time will heal all the wound that hurt like crazy. When the times has come, everything will definitely fall into the places.

Owh ya, apa jadi dengan lelaki yang pernah gila ni? Dia merupakan orang yang terkaya di kawasan tempat tinggal dia. Dia bina kehidupan baru dan mula berniaga daripada bawah balik. Kali ini, dia nekad. Segala urusan perniagaan mesti dalam saluran yang betul. Semuanya kena ada dalam berkat dan keredhaan Allah. Nak tahu?  Lelaki yang menceritakan kisah ini pada aku dibawah pokok rambutan suatu ketika dulu rupa-rupanya tinggal menyewa di rumah milik lelaki yang pernah gila ini. Tak sangka kan?

Buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tergenggam kemas ditangan. Bicara iman untuk tenang, sesungguhnya bersama Allah itu hati tidak akan gelisah.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-rahman : 13)




“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa, “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, jangalah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”   (Al-Baqarah : 286)



The Legend - Liana Afiera Malik (L.A.M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. *** Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa sempena bulan Ramadhan yang ...