Lately nie terlalu banyak benda yang
terjadi. Otak macam tak berfungsi dengan baik. Emosi jadi kurang stabil.
Disebabkan dua hal ini, segala macam urusan jadi terganggu. This is so stressful. Selalunya bila stress, normally kita akan jadi lebih sensitif. Bila sensitif, dengan
mudahnya salah faham boleh berlaku. Orang sekeliling bukannya terrer sangat nak
predict apa sebenarnya yang kita
rasa.
"What do you expect actually?"
"Orang lain yang tengok kesedihan kau akan menangis sama?"
"Never! It won't happen in that
way. Percayalah."
Takda satu orang pun dalam dunia ni
yang betul-betul boleh faham masalah kita dengan cukup sempurna. Takda siapa
pun yang boleh scan sebenarnya apa
yang terdetik dalam hati kita. Takda satu umat pun yang boleh tengok dan baca kekusutan
hati kita dengan sebaik-baiknya.
Yes, Ibu
atau Ayah kita mungkin boleh faham yang kita dalam kemelut masalah. Suami atau
isteri yang dicintai juga mungkin boleh rasa perubahan diri yang ketara. We are human, of course our body will react accordingly.
Those valuable tears will pour down from your beautiful eyes. And your heart
will broke like a ship that sink down to depth of the ocean. Sahabat rapat
mungkin boleh trace, that there's
something wrong with you. But not in a perfect tune! Mereka semua hanya
boleh assumed, tapi tak boleh tahu
dengan sempurna dan sebaik-baik macam apa yang kita tanggung.
Kadang-kadang, dengan hal yang
remeh-temeh pun kita boleh menangis macam seisi dunia ni nak terbalik. Macam
yang disebutkan, kita hanya manusia biasa. Akal kita jarang sama sekali
menidakkan mainan perasaan. Sebabnya soal perasaan lah perkara yang terlalu
sukar untuk dikawal. Bagi orang yang sudah sedia untuk lemas dalam lautan
perasaan, we can’t help it. Bukanlah
bermaksud dengan mengikut perasaan, kita akan bertindak terjun bangunan, bunuh
diri atau sekadar mencederakan diri. Our
body, will do their part. They also can’t lie in proper way. Menangis,
termenung, dan moody. Come on, we are
human! It is too normal nak control
bagai ni.
Bila menulis tentang hal ni, aku jadi
terdiam. Sebenarnya setiap orang memiliki cara tersendiri untuk menguruskan stress. Tipu sangat lah kalau ada orang
yang mengaku tak pernah melalui fasa stress.
What make it different is, how you manage
or overcome your stress. Tekanan boleh menyebabkan kita jadi orang yang
sangat sensitif dan panas baran. Semua benda akan jadi tak kena dan kita akan
selalu kalah dengan perasaan sendiri. Tapi bila kita tengok orang lain stress, kita tak pernah nak faham
tentang stress itu sendiri. Yelah,
bukan masalah sendiri. Ironi kan?
Aku pernah melalui fasa kepala terasa
macam nak pecah bila sesuatu terjadi di luar kawalan. Aku menangis, meraung,
termenung, buat macam-macam aktiviti untuk lupakan sejenak masalah yang ada.
But sadly, nothings work!
Aku jadi lebih pendiam dan banyak
habiskan masa dengan termenung. Banyak kali ulang dalam kepala, kalaulah aku
boleh buat semua masalah yang aku hilang sekelip mata. Kalau lah aku boleh buat
semua rasa yang tak best ni vanish.
Reading the books. Coloring. Drawing.
Shopping. Enjoy the scenery. I did it all anyway. Tapi semuanya macam tak
berkesan bila tengah melalu fasa down ni. Feeling down ni memang sangat susah
nak di terjemahkan. Kau cuba nak describe macam mana pun, orang takkan faham
akan keserabutan kau tu. In fact, kau sendiri tak tahu kenapa kau boleh rasa
macam tu.
Semua ni berlanjutan sampailah satu
hari aku jumpa turning point yang paling mujarab. Disebabkan aku sangat percaya
dengan satu-satu hal mengikut teori dan analisa, pada awalnya aku memang tak
percaya yang kaedah ni boleh berhasil.
Solat dan Doa.
Selama dah berpuluh tahun hidup ni, aku
hanya solat dan berdoa sebab nak lengkapkan rutin harian aku. Ada sorang kawan
baik aku pernah sebut bahawa solat itu bermaksud kita ni orang islam. And for
me, selalunya bila aku solat aku tak pernah letakkan hati aku sepenuhnya.
Pergerakan solat aku sentiasa laju,
takda tertib yang sepatutnya. Bayangkanlah solat aku selama berpuluh tahun ni
dengan cara dan kaedah yang macam tu. Sedih woi!
Ceritanya begini, entah macam mana ada
satu waktu solat maghrib ni aku tergerak lah nak ambil wudhu’ dengan cukup
sempurna. Sebelum masuk tandas, aku baca doa dan sebelum memulakan wudhu’ aku
beristinjak terlebih dahulu. Setiap bahagian anggota wudhu’ aku basahkan
sebanyak 3 kali. Aku tak lupa membaca niat dan selesai semuanya aku baca juga
doa selepas berwudhu’. Even lepas semuanya, aku keluar tandas dengan doa juga.
Perfect kan?
Pada aku perfect la, sebab sebelum ni
semuanya macam cincai boncai je. Ikut dan je. Nak nak bila on duty, semua benda
nak diselesaikan dengan kadar segera.
Selesai berwudhu, aku bersolat dengan
cara yang betul. Tertib dan teratur. Setiap satu bacaan solat dihayati dengan
sesungguhnya. Kalau sebelum ni solat maghrib yang 3 rakaat tu makan masa hanya
3 minit, kali ni aku bersolat hampir 9 minit. Berbezakan?
Benda yang paling syahdu, bila aku
letakkan bahagian yang paling atas pada tubuh (which is our head) sama level
dengan bahagian yang paling rendah (which is our foot). Allahurabbi. Bila mana
aku selesai memberi salam, entah kenapa hati aku rasa sebak sangat. Dah lama
tak rasa damai dan tenang macam ni. Walaupun aku belum lagi share burden aku,
tenang ni datang lain macam.
Betul lah, hati jadi tenang bila kita
selalu mendekati Allah. Jadi lapang bila kita selalu ingat padaNya. Sebab Dia
yang jadikan hati ini, Dia yang Maha Tahu selok belok perasaan kita. Hanya
dengan Dia kita tak payah susah payah nak jadi hipokrit. Cause He won’t judge
us walaupun Dia lah sebaik-baik pengadil.
You guys should try this. Percayalah,
korang takkan mampu lupakan feeling atau connection bila dekat dengan Tuhan.
Serius, kelainan dia memang ketara.
Tuhan takkan pernah tinggalkan kita.
Selalu ada, setia pada letakNya.
Menanti kita, sehina-hina kejadian kembali dalam dakapanNya.
No comments:
Post a Comment
Please do some thinking before write anything. God always know who we are and what are we doing 😄😄😄