In our life, there is a lot of things will come and go like we don't really expected. Who knows about things that already written in our pathway?
Entry kali nie aku nak share tentang ujian dan halangan. Sepanjang pengalaman aku, bila ada masalah atau ada benda yang menyesakkan fikiran, aku kena luahkan. Aku kena share. Share with someone yang aku betol-betol boleh percaya. Untuk satu tempoh masa yang lama, aku akan bercakap, bercakap, bercakap dan bercakap. Sampailah orang yang mendengar pon rasa nak muntah. Sebab asyik ulang benda yang sama. Kekecewaan dan frustrated gitu. Menzahirkan semuanya sampailah seluruh isi hati 'tertumpah' ke luar.
Here, i wanna share some interesting story.
I know this young girl about ages. We are really good buddies eventho selalu jugak berselilisih pendapat. Dia memang seorang yang sangat pendiam kalau diminta untuk berinteraksi dengan orang yang tidak dikenali. Kali pertama kenal dia, aku rasa kereekkk sungguh minah nie. Kadang-kadang ada orang yang mengaku tidak sukakan dia tanpa sebab. Tapi bila dah kenal lama dan boleh ngam, dia memang berbeza. Sangat witty, naughty, happy go lucky, funniest person ever dan yang paling utama she is so clever. Witty with the brain? Yah. Kalau lelaki tengok, mungkin boleh jatuh cinta dengan perwatakan dia yang sangat menyenangkan.
But, here come the challenge and a big test for her.
This friend of mine, ada satu tabiat yang memang agak menjengkelkan. Bila dia tak sukakan satu-satu benda, dia memang akan sangat jujur menzahirkan apa yang tersirat dihatinya. Kalau dia tak setuju atau annoying dengan satu perkara, she made it very obvious on her face. Orang sekeliling dan kawan-kawan rapat yang dekat dengan dia memang banyak makan hati dan menyimpan rasa. Dia memang sebegitu. Bila aku tengok situasi ini, fahamlah aku sebab sebenar kenapa ada part yang menyebabkan dia kurang disenangi. Dia pernah datang dan mengadu tentang perkara-perkara sekeliling yang dia tahu orang memang tak senang. Dia tahu kalau ada orang yang selalu mengata dan mengumpat di belakangnya. Perempuan. Itu memang hakikat. Aku tak kata kaum lelaki tak buat benda-benda remeh mengumpat nie. Tapi bila berdampingan dengan mereka, ia mengiakan andaian aku selama nie.
One day, she told me that one of her friends made she feel so terrible.
She was crying so hard, sampai tersedu-sedu dan hilang suara. Aku yang mendengar hanya diam dan memasang telinga. Selama bertahun-tahun mengenalinya aku tidak pernah melihat dia menangis dengan sebegitu teruk. Aku yakin, she feels so bad for thing that happen to her. Kenapa aku cakap macam tu? Dia bukanlah seorang yang sangat mudah mengalirkan air mata. Pernah satu ketika, one of her family member passed away and she won't shed even a drop of tears. Dia memang seorang yang kuat, hati kental dan bukan kategori lemah. So bila jadi macam nie, aku memang sangat terpaku. Sangat terkejut. Automatik, hati aku jadi terhiba sama. Like crying is not suit to her personality. Lepas mendiamkan diri beberapa lama, aku mula bertanyakan soalan. Dengan nada yang masih tersedu-sedu, dia mula bercerita...
"Aku ada sorang kawan nie. Orang yang selalu dengar masalah aku. Orang yang aku percaya dan orang yang paling dekat dengan aku buat masa nie."
Dipendekkan cerita, kawan yang setia mendengar semua masalah dia selama nie turn back on her. Macam mana? Apa yang aku faham, kawannya yang selama nie memang setia mendengar dan sabar memberi nasihat yang baik dan lemah-lembut, mula menghakimi sikap dan caranya. Daripada mendengar dan memberi response dengan baik, kawan dia mula menghakimi semua situasi dia. Judgemental. Bagi orang yang pernah melalui situasi ini, pasti mengerti apa yang aku maksudkan, Sebenarnya, bila kita meluahkan rasa hati dekat orang lain dan kongsi apa yang kita lalui, its not all about the problem. Kita hanya nak orang mendengar dan 'terhayun' sama dalam buaian perasaan kita. Kalau boleh nak ada orang boleh consult dan feels apa yang kita rasa. Sudi tumpangkan bahu walaupun cuma sekejap. Bukan lah maksudnya kita bagi bahu kita, dan dia landing. Itu harammm. Apalagi kalau tak sejenis kak ngah oiii. Hahaha. Bagi dia rasa ketenangan dan lega. Bukan orang lain, dia sahabat kita kan? Kawan kita. Orang yang bila kau susah, dia lah orangnya yang menolong. Orang yang mana tahu, dalam diam doakan kesejahteraan kita sekeluarga. Who knows right?
N.O.A
Maghrib, 5 Disember 2017
"Aku tak kisah kalau dia nak tegur aku. Tapi bila dia dah pandang kita dengan satu pandangan yang sinis, tak ke pedih? Sedih sebab akhirnya kita tahu, sebenarnya kita dah menyesakkan otak orang lain tanpa sedar..."
Aku tetap mematikan diri. Cuba menghadam sepenuhnya apa yang cuba dia sampaikan. Aku tahu, kali ini dia memang terluka. Selama aku kenal dengan peribadinya, jarang sekali dia mahu menyebut tentang kelemahan orang lain. Jarang dia memburukkan orang lain. Apa yang paling ketara bila dia marah adalah riak wajah yang mencuka. Bila dah boleh seimbangkan diri, dia akan berdepan dan suarakan apa yang dia tak puas hati. Betul lah, cara macam nie tak semua orang mampu hadam. Tak semua orang boleh terima. Mungkin orang kita lebih suka pendam dan umpatan. Simpan ketidakpuashatian dan luahkan dengan orang yang salah. Well, kalau kita bercakap hal orang lain walaupun perkara benar itu umpatan. Tapi kalau bercakap perkara yang salah dibelakang tuannya, itu fitnah.
Jadilah bidadari cantik yang setia mendengar. An angel's that willing to listen..you will looked so attractive in this kind of personality..
Sebarkan lah kebaikan. Buatlah baik dengan semua orang. Please, jangan disemai sikap menghakimi. Don't forget, saat kita mndengar kelemahan dan permasalahan orang, tanpa sedar Tuhan juga menguji kewarasan akal fikiran kita. Boleh jadi saat itu kita merasakan, kedudukan kita jauh lebih baik daripadanya. Nauzubillahu min zalik. Kebaikan itu tidak pernah membebankan. Tuhan pasti membalas. Sometimes, bonus / ganjaran Tuhan nie datang tanpa diundang. Waktu kita betul-betul memerlukan. Tak rugi, sebab Tuhan dah janji 100%
N.O.A
Maghrib, 5 Disember 2017
This is so heart breaking. Moga Allah pelihara hati kita.
ReplyDeleteI feel something dalam entry ni. If you don't mind me asking.. Awak lelaki or ppuan admin?
ReplyDeleteAuthor/admin, tak kira apa jantina anda. I'm really enjoy ur writting. Please keep inspiring us!
ReplyDelete