Tuesday, 10 January 2017

Lasik - A cure that really worth it!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

   This entry is written and dedicate to whom that might be concern. Aceceh. Tulisan ini khas ditujukan untuk orang-orang yang pernah berada atau yang pernah merasa rabun jauh. Atau ada aweks rabun ka, pakwe rabun ka, atau isteri atau suami yang rabun ka, or part of your family member. This entry was written not specialize or to promote mana-mana rawatan lasik. Ia hanyalah hasil daripada pengalaman ciput aku sahaja. Kalau ada apa-apa persoalan atau pertanyaan, korang boleh drop comment or send me an email. InsyaAllah, kalau ada yang aku boleh jawab, aku cuba.

   Siapa yang ada pengalaman rabun jauh / farsightedness dan dah sembuh? Siapa yang ada pengalaman macam nie, mesti tahu perasaannya macam mana. Aku sendiri memang pemakai cermin mata selama bertahun-tahun. Pemakai tegar. Tuhan je yang tahu betapa susah dan seksanya bila kena pakai cermin mata nie. Perkara yang menyebabkan terjadinya kesusahan tu, macam nak mandi kena pakai spek, nak solat pun pakai spek, dan yang paling dasyat, tidur sambil mulut ternganga pun dengan spek. Kalau ada member yang zalim tu, snap gambar dan sebarkan. Sighing. Apa kau nak buat? Redha jelah dan berdoa supaya crush / secret admire kau tak terima gambar tu.


Memang nakal member yang snap gambar tu! Aihh. 
Ada ubi, ada bas. Ada hari aku balas.

   Tahap kerabunan mata aku memang agak tinggi. 500++ for each of the eyes. Bila dah besar sikit masa zaman bergeng dengan budak-budak remja, my friends cadangkan pakai contact lens. Memang macam leceh laa. Terutamanya bila dah tergopoh -gapah nak keluar. Mana nak sikat rambut bagai lagi kan. Kalau buat outdoor activity, memang sangat sesuai pakai contact lens. Macam main futsal, hoki, bola tampar ke. Tapi kalau swimming without spek renang tu memang tak digalakkan la. Lens memang sangat membantu dan memudahkan. Apa yang melecehkan dengan pakai contact lens nie sebab kena utamakan hygiene. Kalau salah teknik dan cara tak betul, mata sangat mudah nak kena infection. Masa aku guna contact lens dulu, pernah jugak beberapa kali mata kena rest daripada guna contact lens. Sebab infection dan ada discharge. Dah macam orang sakit mata. Macam aku yang memang agak selekeh, kalau tak sempat memang jalan dengan spek je. Selamba badak gitu.

   After survived my clinical posting, start working and earn some money, aku mula buat kajian dan baca cara terbaik untuk hilangkan rabun. Ada orang kata tengok benda-benda warna hijau laa. Ada yang kata rendam dengan air sirih la. Ada yang kata titik air embun setiap pagi la. Hmm. Jangan kata benda hijau, yang blue-blue semua aku tengok. Haha. Cuma yang rendam dengan air sirih tu macam tak sanggup. Pedih!


Tak sanggup nak try, benda yang pelik-pelik nie! 

   Hasil bacaan dan carian yang agak lama, aku menemukan kaedah yang agak mudah dan sekejap rawatannya iaitu Lasik. Kalau korang tak tau apa tu Lasik, boleh cuba search enjin carian google untuk lebih detail. Erti kata mudahnya, lasik nie rawatan laser yang menghilangkan masalah rabun secara total! Setelah timbang tara kebaikan dan keburukan  dan baca apa yang patut, akhirnya dengan berani aku buat appointment dengan seorang Pakar yang cukup aku kagumi. Guess who?


She is Professor Dr. Muhaya!

   That time masa aku try contact dia, dia dah pun buka pusat rawatan lasik sendiri. Sebelumnya beliau berkhidmat dengan Prince Court Medical Centre kalau tak salah. Currently her eye's lasik centre located in Kajang. Memang senang nak cari, guna waze pun boleh jumpa. Aku called dan pilih tarikh temujanji yang bersesuaian dengan kelapangan aku. Staff yang angkat call pun sangat peramah dan mesra. Tak kelam kabut macam sesetengah orang. Dia juga memaklumkan beberapa hal penting yang aku kena patuhi sebelum berjumpa dengan Prof Muhaya nanti. Antaranya :
  • Aku diberikan tarikh temujanji 2 hari berturut-turut. Contohnya, 8hb examine mata. Then next day 9hb tu kalau mata sesuai, lasik boleh terus dijalankan. Kalau tak sesuai, sehari je dapat jumpa Prof.
  • Tidak dibenarkan memakai contact lens 2 minggu sebelum tarikh temujanji untuk check kesesuaian mata. Apa jua keadaan kena pakai spek.
  • Mata akan diperiksa untuk memastikan adakah mata kita sesuai untuk menjalani rawatan lasik. Contohnya nak examine ketebalan cornea mata kita. Adakah cukup syarat untuk buat rawatan nie.
  • Of course kena tanya tentang fees / bayaran. Hehe.
  • Kena datang dengan escort. Sebabnya lepas check mata atau lepas rawatan nanti, kita tak boleh drive sendiri. Ada sesetengah orang berani je nak drive sorang. Tapi aku tak naklah. Takut membahayakan pengguna jalan raya lain. (lepas keluar klinik dia, baru setuju dengan saranan nie! Sangat bahaya kalau drive sendiri.)

Hari kejadian, aku pergi dengan escort. Berdebar-debar sungguh rasa. Apa yang paling utama, tak sabar nak bertentang mata dengan Prof. Masa yang aku tunggu pun tiba, dia menyapa aku dengan ramah saat tangan ini menolak perlahan pintu biliknya!

3 comments:

  1. Hello Admin. apa maksud N.O.A?
    cerita ni mesti ada sambungannya kan? Tak silap i ada seorang ustaz yg agak terkemuka juga ada mendapatkan rawatan dgn Prof. Muhaya and now dia dah tak pakai spec pun. I will be waiting for your next entry.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plan to write it soon, still find extra time between the hectic schedule. Thank you reader!

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Please do some thinking before write anything. God always know who we are and what are we doing 😄😄😄

The Legend - Liana Afiera Malik (L.A.M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. *** Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa sempena bulan Ramadhan yang ...