Friday, 26 May 2017

Ramadhan Kareem



Tinta kali ini terlintas difikiran since kita nak menyambut Ramadhan yang tinggal baki sehari saja lagi. InsyaAllah. Allahumma ya Allah, sampaikan kami pada Ramadhan. Jadikanlah Ramadhan kali ini jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Definisi Ramadhan bagi setiap orang memang berbeza. Begitu juga aku. Setiap kali Ramadhan tiba, sambutan meraikannya pasti tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Berperingkat mengikut perubahan usia dan suasana. Argh! Rindu rumah.


Mengimbau kenangan lepas, cara menunaikan ibadah puasa di zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa memang lain. Childhood, that time masih terikat lagi dibawah pengawasan abah sepenuhnya. Mak juga macam tak sudi nak berkompromi langsung. Strict yang teramat sangat. Our family rules, we have to start learn about puasa, from age 5 years old. Muda kan? Abah latih kami untuk berpuasa penuh. Start darjah satu dah kena puasa 30 hari. Without any rewards yang macam parents lain janjikan. Aku ingat lagi, abah akan pastikan kami bangun sahur dan ambil makanan berat. Dengan pelupuk mata yang masih berat, nasi disuap perlahan. Siapa yang slow, memang kena panahan tajam mata abah. Automatik hilang ngantuk.

Macam mana bangun sahur?

Abah guna cara yang paling mudah.  Picitan pada ibu jari kaki. Bukan yang jenis lembut, penuh kasih sayang tu. Tapi picitan yang sakitnya terasa sampai kepala. Hahaha. Siapa yang degil tak nak bangun tu, memang tunggu nak kena simbah dengan air segayung lah. Selesai sahur berjemaah dan kemas dapur sekadarnya, abah suruh kami semua berwudhuk. Duduk berkumpul dibilik solat. Di rumah kami, abah sediakan satu bilik khas untuk solat dan mengaji. Sementara nak tunggu waktu solat, abah didik kami supaya baca Al-quran atau tunaikan solat sunat. Ini wajib bagi mereka yang dah bersekolah.

Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan bagaimana?

Suprisingly, abah dah siap buat jadual! Huwaaa. Usai solat subuh, zikir dan disudahi dengan doa (tadah tangan sambil tersengguk-sengguk) kami duduk membentuk bulatan. Abah akan beri tazkirah pendek dan seterusnya membahagi-bahagikan bahagian bacaan Quran mengikut juzuk. Setiap orang akan diberikan tanggungjawab menyudahkan bacaan Quran sekurang-kurangnya satu juzuk seorang bagi setiap waktu solat. Oleh sebab dalam sehari tu kena sembahyang 5 kali kan, maka setiap orang mesti sudahkan 5 juz dalam sehari. Kalau tak sempat, abah izinkan drag sampai dua hari. Tak boleh lebih daripada itu! Hasil kaedah seperti ini, setiap kali Ramadhan kami sekeluarga akan khatam Quran bersama-sama. Banyak kali khatam kot! Dengan mata yang mengantuk, bacaan tetap diteruskan. Abah betul-betul mendidik dengan tegas! Takda tolak ansur langsung.

Hiburan di bulan puasa?

Almost none! Aku memang tak boleh nak lupa hal yang satu ni. Bila bulan puasa, abah akan potong wayar TV. Takda cerita kartun, takda tayangan masak-masak yang menyelerakan sementara nak tunggu waktu berbuka. Kata mak, abah tak mahu kami terliur dan buang masa. Kalau waktu maghrib lewat, macam pukul 7.30 ke memang melepet lah melangok depan TV yang tak dihidupkan tu. Pernah aku nampak abah senyum sambil menggelengkan kepala bila tengok kami semua berlonggok depan TV dengan muka seposen. Kononnya minta dikasihani. Hmm. Abah macam tu jela, tak lut langsung dengan rayuan kami. Dia galakkan kami beriadah dan kayuh basikal. Memang takla. Penat!

Tak pernah ke curi-curi minum?

Aih. Ini memang wajib. Hahah. Bila sesi persekolahan dah bermula, kami memang jadi sangat lemau dan tak larat. Lebih-lebih lagi bila cuaca panas terik. Balik sekolah, mesti berkubang lama dalam bilik air. Ada juga lah mak menjerit dari luar. Kami masing-masing buat dekk. Paling tak menahan, tengah syok sedut air kolam ada suara angah yang menegur dari bilik air sebelah. Oiii, minum air! Hishh, hampeh betul. Keluar bilik air je, muka segar bugar. Bila mak jeling, kami buat-buat tak faham. Darurat mak. Ini darurat! Anak mak ini kekeringan.

Berbuka puasa. Waaaaaa!

Bila dengar saja azan maghrib dilaungkan, kami cepat-cepat buka tudung saji. Sekali lagi abah menjeling tajam. Mak tak hidangkan apa-apa atas meja. Takda juadah yang keterlaluan. Hanya ada kurma yang disusun elok dalam piring dan satu jug air panas (milo atau susu). Berbuka dengan air panas dan kurma. After that, kami kena berwudhuk dan bersiap untuk solat maghrib. Abah memang tak bagi kami berbuka dengan air ais. Itu memang dilarang sama sekali. Kami faham, tapi akal kami memang panjang. Botol air mineral yang diisi air putih petang tadi elok tersorok dibelakang plastik ikan mak dalam freezer! Hahah. Lepas abah masuk bilik sembahyang, kami berebut-rebut buka peti sejuk. Slow and steady.

Terawih yuk?

Abah memang latih kami solat terawih berjemaah di surau. Ramai-ramai jalan kaki pergi surau yang jaraknya memang dekat dengan rumah. That time, bulan dan bintang memang banyak. Seronok memerhatikan ciptaan Tuhan sambil jalan kaki dengan mak. Abah? Abah tak jalan kaki sama-sama. Dia naik motorsikal. I won’t forget that moment. Kami tunaikan solat terawih sebanyak 20 rakaat dan solat sunat witir 3 rakaat. Sekali sekala, kepala terlentok-lentok ketiduran. Jemaah lain yang solat disebelahku tersenyum sumbing. Kali ni tak perlu nak risaukan abah. Sebab abah yang mengimamkan kami semua. Tiada tenungan tajam.

And after 20 years,

Semuanya macam jadi kenangan. Kami semua membesar dan bawa diri masing-masing. Ada yang dah berkeluarga dan bina kehidupan sendiri. Takda lagi picitan di ibu jari kaki yang sakitnya, hanya Tuhan yang tahu. Tak payah susah-susah jemur tilam yang basah bila abah siram air segayung untuk mencelikkan mata kami. Tiada lagi paksaan makan makanan berat. Adakalanya tak bangun sahur langsung. Tiada lagi jadual khusus sepanjang menyambut bulan mulia ini. Tiada pantang larang yang pelik-pelik. Ada juga abah minta kami buat pembahagian bacaan Quran sesama sendiri, tapi masing-masing sibuk dengan urusan lain. Amalan khatam Quran di bulan Ramadhan macam sudah terlalu lama ditinggalkan. Mengaji juga, tapi tidak berjaya khatam.

Bazar Ramadhan menjadi tempat yang wajib dikunjungi setiap hari selama 30 hari berturut-turut. Nafsu dan kehendak turut sama meraikan Ramadhan. Berbuka sekenyang-kenyangnya dan solat maghrib di penghujung waktu. Bila mana aku sudah bekerja, tuntutan tugas menyebabkan aku terlepas peluang untuk solat terawih berjemaah di masjid. Selesai segala urusan dunia dan pulang dengan tubuh yang kepenatan, aku hanya mampu melakukan solat terawih sebanyak 8 rakaat sahaja. Itupun hanya pada hari cuti saja aku  berjaya ke masjid.

Sekali-sekala macam terfikir bila dah meningkat dewasa tanpa pengawasan mak abah, amalan di bulan Ramadhan makin lama makin kurang kualitinya. Sedih. Teringat kata-kata mak, bila kita sungguh-sungguh puasa dengan niat ikhlas, saat menjelang syawal nanti semuanya akan jadi indah dan menyeronokkan. Susah senang kita menjalani ibadah puasa terasa cukup berbaloi. Perasaan dan nikmat itu hanya mampu dirasakan oleh mereka yang berpuasa dan beribadah kerana Allah. Teringat didikan abah yang cukup berdisiplin. Sungguhpun begitu, hati ini rindu rumah. Tak semua orang bernasib baik ditemukan semula dengan bulan Ramadhan pada tahun yang akan datang. Selagi mana kita hidup, peluang seperti ini tak patut dilepaskan.


This year, lets grab that opportunity.  Siapa tahu, umur tak panjang.

Wednesday, 10 May 2017

Whisper

The flower petal that fall
As the season changed
It will be alone, lonely and sad
The stars that left
Made the sky sad
So it cried like a heavy rain.

Like the flower blooms and falls
Please deliver my mind through the wind

If you know my longing heart,
You must return back again.

- Will be back

Kebahagiaan!



"Bila kali terakhir hati kau benar-benar merasakan maksud kebahagiaan?"

Aku termenung ketika menghayati bait-bait soalan ini. Halus dan terkesan. Tersentak dan perlahan-lahan aku melabuhkan punggung dan cuba duduk dimana-mana. Jawapan yang ingin aku lontarkan ada, tetapi tidak mampu mengarang ayat ketika itu. Air liur bagaikan tersangkut dihujung rongga nafas. Berpasir dan perit. Banyak kali aku cuba menghadam soalan yang nyata sebenarnya sangat mudah dipendengaran orang lain. Tetapi bagi aku, seperti kehabisan kata. Persoalan itu tetap berpusing pada satu paksi. Hatiku kembali tepu.

Aku memiliki kehidupan yang sederhana. Tidak begitu sukar dan mencukupi. Duit? Walaupun tidaklah begitu kaya, tapi aku mampu membeli apa yang aku inginkan. Pekerjaan? Aku gembira dengan apa yang aku kerjakan pada hari ini. Tapi mengapa aku masih merasakan ada satu-satu bahagian dalam diri ini yang terasa begitu kosong?

Aku melanjutkan persoalan ini pada seorang gadis buta yang zahirnya kelihatan biasa-bisa. Bagaimana kita mampu merasakan yang kita sebenarnya orang yang sedang berbahagia atau cuba mengecap bahagia?

"Apa yang kau faham tentang bahagia?"

Hmm. Tuhan berkehendak tentang kehidupan kita yang laluannya mungkin berbeza dengan orang lain. Cerita kau begini, dan cerita dia begitu. Sedangkan kisah aku pula begini. Mengikut definasi aku, bahagia dizahirkan bila kita mampu merasakan keapungan dan bunga-bungaan di dalam hati. Hati kita tenang dan lapang. Tiada permasalahan yang menghambat kita disuatu sudut perasaan yang nyata menyesakkan akal. Tidak ada perkara yang membimbingkan dan kita mampu mengukir senyuman 24 jam. Benarkah begitu?

Kali ini gadis buta itu tersenyum. Sukar sekali aku meneka apa yang terlintas difikirannya ketika itu.

Menurut aku, bahagia itu mudah. Walaupun hidup kita ditimpa dengan pelbagai ujian dan permasalahan, hati kita tetap berbalik pada jalan yang sama. Hal-hal remeh tentang keduniaan itu tidak memberikan kesan berat pada jiwa. Kenapa? Sebab kita sedar akan hakikat kejadian kita. Apa jua yang kita lakukan, bukan sekadar meraih bahagia. Tapi mengukir hala tuju yang lebih baik. Pengabdian diri pada satu-satunya Pencipta yang menciptakan segalanya.

"Eh. Apa pula perkaitan Tuhan dengan bahagia?"
"Bukankah permasalahan utama disini tentang bahagia?"

Sekali lagi gadis buta itu mengukir senyuman. Lebih manis daripada seketika tadi.

Mampukah ke kita merasakan manisnya sebiji epal hanya dengan tenungan mata? Kalau kita tak kopek kulitnya, tak mungkin kita merasakan manisnya  epal itu yang diumpamakan seperti madu kan? Samalah terjemahannya dalam maksud bahagia. Hati kita takkan merasakan tenang dan bahagia tanpa tahu maksud sebenar bahagia. Kita kena berusaha mengukir bahagia, barulah hasilnya tidak mengecewakan. Bagi aku, kita kenal Tuhan, fahami halatuju kita. Barulah pentafsiran bahagia itu jelas. Ada orang merasa bahagia bila membahagiakan hati orang tua. Ada orang lain pula, dia mengecapi bahagia bila orang yang lain turut sama merasakan apa yang dia rasakan. Memberi tanpa pernah rasa jemu.

"Memang definasi bahagia itu berbeza!"

Apa yang jelas, aku rasa bahagia tanpa perlu melukakan orang lain. Tidak mengepung nikmat bahagia itu sendirian. Sedangkan orang disekeliling kita menderita dalam luka lara. Sebarkan kebaikan daripada segala macam sudut yang menggembirakan. Bila kita ikhlas memberi, Tuhan pasti menggandakan bahagia. Jiwa kita tenang dan hati kita lapang.

"Ukirkan ingatan pada Tuhan seikhlasnya, bahagia?"

Kali ini, baru aku mampu mengukir senyuman.

"Tuhan akan mengirimkannya pada alamat yang jelas!"

The Legend - Liana Afiera Malik (L.A.M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. *** Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa sempena bulan Ramadhan yang ...