Saturday, 11 May 2019

The Legend - Liana Afiera Malik (L.A.M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

***

Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa sempena bulan Ramadhan yang penuh berkah. It's been a while since my last post. Rasa macam cepat sangat masa berlalu.

***

This post is all about collection of our lagend novelist Liana Afiera Malik.
Nama Liana Afiera Malik ni memang cukup popular di kalangan orang-orang lama.

***
Karya beliau yang cukup dikenali adalah Siri YOYO yang menceritakan kisah dua beradik kembar, Yonna dan Yonni. Kompilasi siri ini dibukukan dalam 4 buah novel tebal. 

Siri Yoyo 


Peminat siri ini memang selalu menunggu sambungan kisah Yonna dan Yonni. Tapi sampai ke hari ini, hanya ada satu buku sahaja yang dapat diterbitkan sebelum arwah Liana kembali ke Rahmatullah.

Sambungan siri yoyo 

***
Buku-buku beliau tidak diulang cetak dan tidak lagi didapati di mana-mana kedai buku. 
Senang cerita, buku ini sangat sukar ditemui dan rare. 

***
Post kali ini aku nak promote owner yang berhasrat nak let go @ menjual karya beliau. Beli lah karya Liana Afiera Malik ni. Korang takkan menyesal! 
You guys can contact direct terus ke owner melalui cara :

Email : sayblueright7@gmail.com

Moga berhasil !

Wednesday, 21 February 2018

Healing_

Lately nie terlalu banyak benda yang terjadi. Otak macam tak berfungsi dengan baik. Emosi jadi kurang stabil. Disebabkan dua hal ini, segala macam urusan jadi terganggu. This is so stressful. Selalunya bila stress, normally kita akan jadi lebih sensitif. Bila sensitif, dengan mudahnya salah faham boleh berlaku. Orang sekeliling bukannya terrer sangat nak predict apa sebenarnya yang kita rasa.

"What do you expect actually?"
"Orang lain yang tengok kesedihan kau akan menangis sama?"  
"Never! It won't happen in that way. Percayalah."
         
Takda satu orang pun dalam dunia ni yang betul-betul boleh faham masalah kita dengan cukup sempurna. Takda siapa pun yang boleh scan sebenarnya apa yang terdetik dalam hati kita. Takda satu umat pun yang boleh tengok dan baca kekusutan hati kita dengan sebaik-baiknya. 

          Yes, Ibu atau Ayah kita mungkin boleh faham yang kita dalam kemelut masalah. Suami atau isteri yang dicintai juga mungkin boleh rasa perubahan diri yang ketara. We are human, of course our body will react accordingly. Those valuable tears will pour down from your beautiful eyes. And your heart will broke like a ship that sink down to depth of the ocean. Sahabat rapat mungkin boleh trace, that there's something wrong with you. But not in a perfect tune! Mereka semua hanya boleh assumed, tapi tak boleh tahu dengan sempurna dan sebaik-baik macam apa yang kita tanggung.

Kadang-kadang, dengan hal yang remeh-temeh pun kita boleh menangis macam seisi dunia ni nak terbalik. Macam yang disebutkan, kita hanya manusia biasa. Akal kita jarang sama sekali menidakkan mainan perasaan. Sebabnya soal perasaan lah perkara yang terlalu sukar untuk dikawal. Bagi orang yang sudah sedia untuk lemas dalam lautan perasaan, we can’t help it. Bukanlah bermaksud dengan mengikut perasaan, kita akan bertindak terjun bangunan, bunuh diri atau sekadar mencederakan diri. Our body, will do their part. They also can’t lie in proper way. Menangis, termenung, dan moody. Come on, we are human! It is too normal nak control bagai ni.
     
Bila menulis tentang hal ni, aku jadi terdiam. Sebenarnya setiap orang memiliki cara tersendiri untuk menguruskan stress. Tipu sangat lah kalau ada orang yang mengaku tak pernah melalui fasa stress. What make it different is, how you manage or overcome your stress. Tekanan boleh menyebabkan kita jadi orang yang sangat sensitif dan panas baran. Semua benda akan jadi tak kena dan kita akan selalu kalah dengan perasaan sendiri. Tapi bila kita tengok orang lain stress, kita tak pernah nak faham tentang stress itu sendiri. Yelah, bukan masalah sendiri. Ironi kan?

Aku pernah melalui fasa kepala terasa macam nak pecah bila sesuatu terjadi di luar kawalan. Aku menangis, meraung, termenung, buat macam-macam aktiviti untuk lupakan sejenak masalah yang ada. But sadly, nothings work!

Aku jadi lebih pendiam dan banyak habiskan masa dengan termenung. Banyak kali ulang dalam kepala, kalaulah aku boleh buat semua masalah yang aku hilang sekelip mata. Kalau lah aku boleh buat semua rasa yang tak best ni vanish.

Reading the books. Coloring. Drawing. Shopping. Enjoy the scenery. I did it all anyway. Tapi semuanya macam tak berkesan bila tengah melalu fasa down ni. Feeling down ni memang sangat susah nak di terjemahkan. Kau cuba nak describe macam mana pun, orang takkan faham akan keserabutan kau tu. In fact, kau sendiri tak tahu kenapa kau boleh rasa macam tu.

Semua ni berlanjutan sampailah satu hari aku jumpa turning point yang paling mujarab. Disebabkan aku sangat percaya dengan satu-satu hal mengikut teori dan analisa, pada awalnya aku memang tak percaya yang kaedah ni boleh berhasil.

Solat dan Doa.

Selama dah berpuluh tahun hidup ni, aku hanya solat dan berdoa sebab nak lengkapkan rutin harian aku. Ada sorang kawan baik aku pernah sebut bahawa solat itu bermaksud kita ni orang islam. And for me, selalunya bila aku solat aku tak pernah letakkan hati aku sepenuhnya.

Pergerakan solat aku sentiasa laju, takda tertib yang sepatutnya. Bayangkanlah solat aku selama berpuluh tahun ni dengan cara dan kaedah yang macam tu. Sedih woi!

Ceritanya begini, entah macam mana ada satu waktu solat maghrib ni aku tergerak lah nak ambil wudhu’ dengan cukup sempurna. Sebelum masuk tandas, aku baca doa dan sebelum memulakan wudhu’ aku beristinjak terlebih dahulu. Setiap bahagian anggota wudhu’ aku basahkan sebanyak 3 kali. Aku tak lupa membaca niat dan selesai semuanya aku baca juga doa selepas berwudhu’. Even lepas semuanya, aku keluar tandas dengan doa juga. Perfect kan?

Pada aku perfect la, sebab sebelum ni semuanya macam cincai boncai je. Ikut dan je. Nak nak bila on duty, semua benda nak diselesaikan dengan kadar segera.

Selesai berwudhu, aku bersolat dengan cara yang betul. Tertib dan teratur. Setiap satu bacaan solat dihayati dengan sesungguhnya. Kalau sebelum ni solat maghrib yang 3 rakaat tu makan masa hanya 3 minit, kali ni aku bersolat hampir 9 minit. Berbezakan?

Benda yang paling syahdu, bila aku letakkan bahagian yang paling atas pada tubuh (which is our head) sama level dengan bahagian yang paling rendah (which is our foot). Allahurabbi. Bila mana aku selesai memberi salam, entah kenapa hati aku rasa sebak sangat. Dah lama tak rasa damai dan tenang macam ni. Walaupun aku belum lagi share burden aku, tenang ni datang lain macam.

Betul lah, hati jadi tenang bila kita selalu mendekati Allah. Jadi lapang bila kita selalu ingat padaNya. Sebab Dia yang jadikan hati ini, Dia yang Maha Tahu selok belok perasaan kita. Hanya dengan Dia kita tak payah susah payah nak jadi hipokrit. Cause He won’t judge us walaupun Dia lah sebaik-baik pengadil.

You guys should try this. Percayalah, korang takkan mampu lupakan feeling atau connection bila dekat dengan Tuhan. Serius, kelainan dia memang ketara.

Tuhan takkan pernah tinggalkan kita.

Selalu ada, setia pada letakNya. Menanti kita, sehina-hina kejadian kembali dalam dakapanNya.




True story_

Gentle reminder. Jalan cerita kita tak sama. Kisah kita mungkin berbeza.

2011. Aku duduk termenung lagi. Angin petang menghembus melalui bilah-bilah tingkap menerbangkan rambut yang kusut masai. Dah berapa hari ni, helaian rambut tu memang tak dapat sentuhan yang sewajarnya. Rutin harian aku masih sama. Termenung, menangis dan diam seribu bahasa. Mata ni memang dah terasa perit sangat. Mungkin kolah air mata dah kering. Itu yang perit semacam. Orang dalam rumah ni pun dah tak tahu nak buat apa. Seisi rumah macam dilanda garuda. Sunyi sepi, walhal rumah ni penuh dengan umat manusia kot. Salute habis, semua orang macam turut berhiba dengan apa yang dah jadi. Anehnya, takda sorang pun yang berani tanya apa sebenarnya yang dah berlaku. Masing-masing mungkin faham, jika soalan cepu emas yang dilontarkan makanya dia orang takkan nampak aku keluar bilik. Hmm. Actually, kalau dia orang tak tanya pun, memang aku rasa malas sangat nak keluar bilik. So, mungkin dia orang rasa better keep their mouth shut. Dan dua orang insan itu tetap setia memujuk aku untuk makan. Badan makin kurus. Muka makin cengkung. Aku tahu, sebenarnya bila mereka berdua tengok keadaan aku macam nie, hati dia orang macam disiat-siat. Apa yang ajaibnya, tak pernah sekalipun aku tengok mereka berdua ni nangis mengalirkan airmata depan aku walaupun wajah masing-masing keruh menahan rasa hati. Maaf, still. This pain refused to fading away!

Dah hampir sebulan aku macam ni. Still tak banyak tanda-tanda perubahan positif. Aku masih kurang bercakap. Masih belum boleh nak tinggikan suara marah-marah macam kebiasaan. Masih tersenyum hambar dengan lawak yang betul-betul kelakar. Kesian tengok orang yang effort gila nak tengok aku back to normal. Apa yang bertambah baiknya satu je, aku dah boleh nak keluar rumah. Tengok cahaya matahari dan ambil angin petang bawah pokok rambutan. Dua orang insan setia tu nampak happy tengok perubahan ni. Sekali sekala bila aku rasa nak menangis atau melalak, aku memang duduk sendiri jauh daripada mereka ni. Aku masih lagi diam dan tak banyak cakap. Bila ditanya, sepatah-sepatah jugak aku menjawab. Itu pun dengan satu nada je. Nak borak-borak macam selalu memang tak la. Entah bila ada bongkah emas berlonggok dalam mulut nie. Aku pun tak pasti. Tak lama lagi, mungkin boleh jadi taukeh emas agaknya.

Duduk bersidai bawah pokok macam nie memang seronok. Terutamanya, bila angin petang bertiup, pergh. Berangan dan mengeluh. Ini memang dah jadi kebiasaan. Entah bahagian column memori yang mana satu, tiba-tiba fikiran aku stuck. Serta-merta terbayangkan sebuah kisah hidup yang diceritakan tiga hari lepas oleh seorang lelaki yang aku gelarkan sebagai abang. A role model. Aku rasa dia pun ambil masa yang agak lama nak approach aku dan cerita pasal benda ni. Cara halus nak bagi aku berfikir dalam dan move on. A very good lesson indeed. Kisah orang menang yang membuatkan aku terpana berkali-kali. Dan siapa sangka, kisah dibawah pokok inilah membuatkan aku tekad buat keputusan akhirnya. Keputusan yang aku yakin tak sia-sia. Tapi itulah, this beautiful story juga membuatkan hujung mata aku bergenang sekali lagi. Demmit!

2000. There is one man. Kaya, berharta dan punya segala-galanya. Business yang diusahakan membuahkan hasil yang cukup lumayan. Senang cerita, kehidupannya mewah dan serba-serbi cukup. Keluarganya bahagia, isterinya cun melecun. Anaknya sepasang. Lelaki dan perempuan. Apa lagi yang kita dambakan andai kata semua ini memang mencukupi? Pada aku lah, dapat keluarga yang bahagia macam ini pun dah cukup bersyukur. Dapat duit banyak dan kaya raya memang satu bonus lah. Kan? Gila, siapa yang tak nak jadi kaya kan.

Ditakdirkan Tuhan, dia mengalami kerugian yang banyak dalam satu projek baru yang sedang diusahakannya. Pada awal fasa projek ini bermula, terlalu banyak dana dan modal yang dilaburkan. Ini termasuklah menggadaikan beberapa bidang tanah termasuklah tapak rumahnya sendiri. Disebabkan kerugian yang tidak disangka ini, namanya telah disenarai hitam oleh bank negara. I'm not very sure how the process goes, but the main point here is he just in loss. Great loss! Mahunya tak terkejut, modalnya untuk projek kali ini agak besar.

Kejutan makin bertambah apabila dimaklumkan bahawa semua kerugian yang dialami ketika itu disebabkan oleh perbuatan seorang sahabat baik yang mengkhianatinya! Bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga, isteri dan anak-anak yang selama ini ditatang bagai minyak yang penuh lari meninggalkan dirinya terkontang-kanting. Apalah daya seorang manusia yang sememangnya lemah? Sebesar-besar dugaan tentang perniagaan yang hampir musnah, sahabat baik yang mengkhianati, tidak akan mampu menandingi dugaan hati dan perasaan apabila ditinggalkan seorang isteri dan anak-anak. Hatinya terlalu sayu dan hiba. Dan apa lagi yang tinggal andai semua nikmat kegembiraan dan kebahagiaannya direnggut dalam satu masa serentak?

Dengan hati yang galau, dia memandu keretanya tanpa arah yang jelas. Sehelai sepinggang. Rumah besar yang selama ini dihiasi dengan gurau senda dan gelak tawa anak-anak, sepi. Walaupun terang benderang dan indah perhiasannya, semua jadi tidak bererti sekelip mata. Akhirnya air mata yang selama ini ditahan-tahan tumpah. Menangis sepenuh hati. Menumpahkan segala sesal dalam esakan yang menggila. Setiap satu soalan dibenak fikiran tentang segala hal yang terjadi dalam tempoh masa yang pendek itu tidak terjawab dengan sempurna. Semua pecahan persoalan itu umpama kepingan puzzle yang hilang dan tidak bercantum. That time, he just realized that the worst kind of sad is not being able to explain why.   Berulang kali dia berbisik, dia takkan mampu melalui semua cubaan ini. And once again, he cried.  Siapa tahu, ini mungkin kali terakhir dia mengalirkan air mata.

2006. Tiada siapa yang mampu menduga, hari ini dia mampu tersenyum pahit. Kopiah yang terletak elok diatas kepala dipegang sesekali. Tanpa sedar dia meraup wajah. Rumah lelaki berhati mulia yang didiami sejak tiga minggu yang lalu, ditatap dengan linangan airmata. Segalanya masih samar-samar. Sejarah lalu, kehidupan lepas semuanya kelihatan kelabu dalam memori. Sesungguhnya kata-kata ucapan terima kasih tidak akan mampu membalas setiap kebaikan lelaki mulia itu. Allah…

Tiga minggu lalu sewaktu dia sedang merayau-rayau mencari rezeki untuk menghilangkan lapar dan dahaga, kakinya berhenti melangkah dihadapan sebuah bangunan yang indah ukirannya. Bangunan yang luas itu menarik minatnya untuk berhenti seketika bagi menghilangkan penat lelah berjalan kaki. Siapa tahu ada makanan atau minuman yang terhidang nanti. Rambut panjang yang menutup sebahagian wajah hanya dibiarkan sebegitu. Seluar dan baju yang hilang rupa rekaan fesyennya juga tidak dipedulikan. Berkaki ayam juga tiada masalah.

Penat berjalan mengelilingi bangunan yang mempunyai kubah besar itu, dia duduk sekejap melunjurkan kaki. Bersandar pada sebuah tiang yang terletak di ruangan yang terbuka. Matanya dipejam menikmati istirehat. Secara tiba-tiba dalam katupan mata yang rapat, dia menangkap satu lintasan cahaya yang terang benderang disebelah kanan. Cahaya itu terlalu terang dan tetap memancar  di suatu sudut. Mengganggu. Kepalanya cuba dipalingkan untuk melihat daripada manakah cahaya itu dibiaskan. Namun gagal. His head just failed to follow the instruction!

Tidak sampai beberapa minit melepaskan lelah, telinganya menangkap suara lelaki yang mengalunkan bait-bait kalimat yang kedengaran asing. Alunan bait-bait kalimah itu ternyata mendatangkan tenang. Entah kenapa kali ini dia tidak berganjak seinchi pun. Redha dengan kedegilan kepala yang gagal berpaling untuk menangkap kelibat seorang lelaki. Walaupun biasan cahaya terang itu mendatangkan ketidakselesaan, dia tetap duduk kukuh dalam keadaan yang bersandar. Seolah-olah dia sendirian di ruangan itu. Walhal baru sebentar tadi, dia sempat memerhatikan senyuman seorang lelaki berpakaian pelik dengan baju panjang hingga ke buku lali. Lelaki yang berpakaian pelik itu tidak sekali pun bersusah payah untuk menghalaunya. Dan bait-bait kalimah itu diulang-ulang merdu beberapa ketika sehinggalah dia tersedar. Akhirnya perlahan-lahan biasan cahaya putih itu menghilang. Kelibat lelaki yang melaungkan bait-bait kalimah merdu itu juga turut ghaib. Kali ini dia sedar daripada lena yang panjang!

Dalam keadaan yang nyata menyegarkan, matanya terbuntang luas. Saat ini, tiba-tiba sahaja nafasnya terasa sesak. Dia duduk tegak untuk memulihkan nafas. Memberi ruang pada sepasang paru-parunya berkerja pantas. Selepas stabil, matanya mula menikmati suasana. Bangunan berkubah itu diteliti penuh minat. Bagaimana caranya aku berada disini? Hatinya terdetik, masjid! Serentak itu dia bangun, cuba merapikan baju dan seluar yang terasa komot. Dan ketika itu, tangannya berhenti. Matanya tertancap pada pakaian yang bersalut ditubuh. Dia benar-benar terperanjat dan hampir jatuh. Pakaian yang ada hanya menutupi bahagian tubuh yang sulit sahaja. Bajunya koyak rabak. Fikirannya keliru. Belum sempat tubuhnya melayang menyembam ke lantai masjid, ada tangan yang menyambutnya. Serentak itu dia mendengar lontaran kalimah, Allahuakbar!

Soalan yang dilontar lancar, terjawab akhirnya. Ini tahun 2006. Kalau mengikut perkiraannya, enam tahun sudah berlalu sejak kejadian malam itu. Dia masih ingat setiap satu perkara yang terjadi pada malam bersejarah itu.

Selepas penat memandu tanpa henti selama hampir 9 jam, dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Airmatanya kering. Kepala yang mula terasa berat, dijatuhkan atas stereng kereta. Kalau lah semua ini tidak terjadi, dia pasti sedang menikmati makan malam yang dihidangkan oleh isteri tercinta. Meleraikan anak-anak yang sering kali bertelagah tentang hal-hal yang kecil. Sepanjang perjalanan hatinya sentiasa berbisik, alangkah baiknya jika semua rasa sakit ini lupus daripada ingatan! Dengan kuasa Allah, pergolakan hati dan fikirannya mulai redha. Slowly, uninterruptedly he turn into a blank man. Black out. Selepas itu, apa yang terjadi juga hilang daripada ingatan. Semuanya tidak lagi direkodkan dalam kotak memori. Tuhan mengabulkan segala permintaannya.

Dan hari ini saat dia tersedar, enam tahun telah berlalu. Sepanjang tempoh itu dia menjalani kehidupan yang lebas dan bepas. Bebas tanpa perlu memikirkan sebarang masalah. Berjalan kemana-mana sahaja tanpa ada sebarang rasa bersalah. Fikirannya tidak lagi terbeban dengan hal yang remeh-temeh. Dia tidak perlu menghiraukan tanggapan orang lain yang kelihatan sini. Sepanjang tempoh enam tahun ini juga, Tuhan memberikan otak dan akal fikirannya rehat yang cukup daripada memikirkan sebarang perihal dunia. Tiada perasaan menekan dan bimbang. Tiada stress dan sakit kepala memikirkan urusan duniawi!

Detik ketika telinganya menangkap alunan ayatul quran pada tiga minggu lepas memang menjadi sejarah yang tidak mahu dilupakan. Selepas mendengar bacaan surah Al-Baqarah ayat ke-286, dia segera meminta bantuan lelaki yang berpakaian pelik itu menghantarkannya ke tempat dia meninggalkan keretanya enam tahun lepas. Tanpa sedikit pun prasangka dan kata-kata hinaan, lelaki itu sudi menghulurkan bantuan. Seperti yang dijangka, bayang keretanya tiada lagi disitu. Atas nasihat lelaki yang sebenarnya berjubah itu, dia bersetuju untuk membuat laporan kehilangan di balai polis berhampiran. Seperti yang diduga, masalah lain pula timbul.

Setibanya di balai, laporan yang cuba difailkan tidak diterima. Malah tiada seorang pun yang sudi mendengarkannya. Lelaki berjubah yang menumpangkannya sebentar tadi sudah pulang sebaik sahaja bersalaman dengan dirinya. Siapalah yang sudi mendengarkan cerita daripada orang gila yang kotor dan comot sepertinya? Selepas beberapa kali mencuba, akhirnya gamitan tangan lelaki berhati mulia itu mengubah cerita pahit ini. Lelaki berhati mulia yang sudi mendengar ceritanya. Dan lelaki berhati mulia itu sama sekali tidak menghakimi dirinya yang kala itu memang jauh daripada sempurna. Comot, kotor dan busuk.

Dia dibawa pulang ke rumah lelaki berhati mulia itu. Kereta miliknya telah pun dijumpai. Hasil laporan itu juga, berdasarkan carian menggunakan no kad pengenalannya barulah dia mengerti bahawa selama ini dia memang telah disenaraikan sebagai orang yang hilang. Rambutnya yang panjang digunting pendek oleh seorang lelaki india. Owh ya, lelaki berhati mulia itu membawa dia ke kedai gunting rambut sebelumnya. Wajahnya juga dirapikan. Pakaian baru diberikan dan dia juga diminta untuk merehatkan diri dalam bilik yang begitu kemas. Makanan dihidangkan oleh isteri lelaki berhati mulia itu. Dia melahap dengan rakus. Hampir enam tahun dia tidak makan seperti ini. Disaat suapan nasi yang terakhir, airmatanya menitis. Lelaki berhati mulia itu menepuk bahunya perlahan. Mungkin mengerti.

Hari ini tiba akhirnya. Waktu yang tepat untuk dia berpisah dengan keluarga kecil itu. Lelaki berhati mulia itu memeluk tubuhnya rapat ke dada. Untuk kesekian kalinya, dia menangis lagi. Moga Allah merahmati hidupmu wahai lelaki mulia. Saat dia menghampiri keretanya ketika itu, serta merta dia teringat akan satu rahsia. Dibawah tempat duduk pemandu, ada satu ruang yang telah diubah suai untuk menyimpan barang-barang peribadi miliknya termasuklah wang tunai. Dia membuka bahagian itu pantas. Subhanallah! Maha suci Allah. Kepingan-kepingan wang tunai yang diikat kemas masih terletak elok disitu. Duit-duit itu diletakkan disitu dua minggu sebelum kejadian malam itu. Kalau tak salah, wang itu berjumlah kira-kira RM50,000. Dia mengambil segenggam helaian not wang kertas 100 tanpa mengiranya terlebih dahulu dan memberikannya pada lelaki berhati mulia itu. Pada awalnya, lelaki berhati mulia itu menolak. Setelah didesak berkali-kali, dengan teragak-agak dia mengambilnya juga. Senyuman terukir, ini semua kerana Allah…

2017.  Pagi ini aku bangun seperti hari kebiasaan. Malas. Bingung. Takda special aim. Will strike for the day for the best la konon. The most important thing is how to bear the pain for all coming 24 hours. Memang selalu macam nie. Bila dah sedar sepenuhnya, mata dah terbuka besar-besar baru otak running. Plan for the day and so on. After took wudhu' and perform prayer as usual, aku berkalih dan menerjah semula ke katil. Capai handphone and checked on mails. No new mails.

Dalam banyak hal yang pelan-pelan luput daripada ingatan, this story will never able to leave my mind. Jujur juga aku katakan, kisah ini sebenarnya selalu aku kenang bila rasa down. Bila rasa menggelabah nak cari sebab dan kenapa. Bila rasa macam nak putus asa dalam satu-satu hal. Bila wujud rasa sangsi dengan kehendak Tuhan. Kisah ini tak pernah gagal buat aku gementar. Sebagai orang Islam, satu-satu hal yang terjadi sebenarnya bukanlah kebetulan. Tapi takdir yang telah tertulis. Dan bagi orang macam aku yang imannya, kehendaknya, perasaannya dan pemikirannya sentiasa berubah-ubah kisah ini selalu jadi penguat untuk aku beringat tentang kehendak dan takdir Allah. Jika kita manusia selalu membuat penilaian daripada zahir dan outcome, Tuhan tidak pernah menidakkan kewujudan hikmah. Setiap kejadian memang berlaku dengan asbab. Cantik, teratur, dan tersusun. Someone said to me, kadang-kadang orang yang selalu menang dalam hidup nie permulaan dia perit. Ujian, musibah boleh jadi penguat untuk kita jadi diri yang baru. Sure time will heals all the broken heart. Time will heal all the wound that hurt like crazy. When the times has come, everything will definitely fall into the places.

Owh ya, apa jadi dengan lelaki yang pernah gila ni? Dia merupakan orang yang terkaya di kawasan tempat tinggal dia. Dia bina kehidupan baru dan mula berniaga daripada bawah balik. Kali ini, dia nekad. Segala urusan perniagaan mesti dalam saluran yang betul. Semuanya kena ada dalam berkat dan keredhaan Allah. Nak tahu?  Lelaki yang menceritakan kisah ini pada aku dibawah pokok rambutan suatu ketika dulu rupa-rupanya tinggal menyewa di rumah milik lelaki yang pernah gila ini. Tak sangka kan?

Buku tulisan Ustaz Pahrol Mohamad Juoi tergenggam kemas ditangan. Bicara iman untuk tenang, sesungguhnya bersama Allah itu hati tidak akan gelisah.

Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? (Ar-rahman : 13)




“Allah tidak membebankan seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya. Dia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan dia mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. Mereka berdoa, “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami salah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, jangalah Engkau bebankan kepada kami apa yang tidak sanggup kami menanggungnya. Maafkanlah kami, ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.”   (Al-Baqarah : 286)



Sunday, 13 August 2017

Books Review : Gantung dan Gantung 2

Assalamualaikum semua. Moga kalian dirahmati Tuhan selalu dan melalui hari yang indah. 
Kali ni nak review pasal buku laa. 
Hehe.

Nowadays, banyak buku baru yang diterbitkan di pasaran. Seronok dan teruja sangat bila ramai penulis muda yang sudah mula bangkit berkarya dan ada buku sendiri. Really impressed dengan mereka-mereka ini yang sudi luangkan masa dan waktu untuk memerah otak merangka idea. Sungguh, its not a simple things to do.

Aku sebenarnya tak berapa minat baca buku fiction. Terutama sekali novel cintan cintun yang membuatkan hati dan perasaan bergolak sama. Bukanlah kata buku macam ni tak bagus, tapi bagi orang yang kuat berangan macam aku, buku yang tulisannya romantis dan penuh dengan konflik cinta hanya membuatkan aku rasa nak jadi pencuri. Dalam pada masa yang sama, hati terikut-ikut nak jadi part of the story. Hahaha.

Macam mana? Aku rasa nak curi watak tu dan masukkan dalam diri aku. Caranya? Semestinya dengan membayangkan akulah hero atau heroinnya. Ini lah yang payah sebenarnya. Dah lah aku ni memang kuat berangan, bila baca kisah cinta maka angan-angan tu akan jadi lebih tinggi. Dapat  jadi hero dalam novel pun kira okeylah tu. Kui. Kui. Kui.

Tapi ada beberapa penulis buku fiction yang memang aku salute habis. Mereka  ni semestinya otai-otai yang banyak ilmu penulisannya. Kreatif dalam susunan cerita. Antaranya penulis Liana Afiera Malik, Ahadiat Akashah, Ramlee Awang Mursyid, HLOVATE dan yang paling latest Nadia Khan. Disebabkan posting kali ni pasal buku Gantung, penulisan aku lebih pada Nadia Khan. Kalau sesiapa yang kenal Nadia Khan ni mesti cukup maklum dengan karya beliau. Aku sebenarnya sangat tertarik dengan cara beliau mengarang dan menggarap idea dalam setiap penulisan beliau. Ideanya fresh dan lenggok bahasanya sangat mudah hadam. Memang beliau ada menggunakan lenggok bahasa budak-budak zaman sekarang. Tapi setiap satunya sangat mudah difahami dan penggunaannya tidak keterlaluan. Beliau tetap mementingkan lenggok tatabahasa yang betul. Cara beliau bercerita juga membuatkan aku terkesima. Buku beliau yang paling menarik minat aku adalah Gantung dan kesinabungan siri ini, which is Gantung 2. Tak sure lah kalau bakal ada sambungan Gantung 3. Hihi.

Gantung dan Gantung : 2

So,
untuk posting kali ni aku nak ulas sikit tentang buku beliau. Bukanlah aku mahu mengkritik karya tulisan beliau, sekadar melontar secebis dua idea dan pendapat aku tentang buku ini since her book memang viral. Bagi semua peminat buku terbitan fixi, dubook, lejen dan seangkatan dengannya mesti cukup kenal cara penulis buku fiction garap idea masing-masing. Buku fiksyen ni sebenarnya ada tarikannya tersendiri. Nak nak tiada sekatan dalam penggunaan bahasa pasar dalam dialog harian.

Nadia Khan ni memang attract my attention since the beginning. Terutamanya buku dia yang bertajuk Gantung. Aku beli buku ni last year. That time tanpa sengaja pegang buku ni sebab duduk di rak paling atas MPH Bookstores. Aku beli dan tempatkan buku ni di rak buku bilik aku tanpa terniat dan tergerak langsung nak baca terus. Disebabkan kesibukan melampau nak habiskan specialize course aku, buku ni tetap setia duduk di rak. Tunggu masa nak dibelek dan dibaca isi kandungannya.

Paling dahsyat, masa aku pindah kejap ke Ipoh, buku ni pun tetap dibawa. Kononnya nak membaca bila ada masa senggang. Tapi semuanya hanya angan-angan. Hahah. Buku ni dibawa balik ke tempat asal. Tapi akhirnya, buku ni aku baca last month. After 1 year and half duduk di book shelf. Bila dah mula baca, memang rasa rugi tak baca awal. Buku ni memang best. No wonder lah orang kata Gantung's series is one of the best books. No doubt. Nadia Khan really nailed it.

Okey, back to this book. Buku ni mengisahkan tentang kehidupan empat sekawan yang bersekolah di sebuah sekolah elit. Gibs, KJ, Ray dan Troll. Mereka menjalani kehidupan yang sangat bebas. Elemen dan pengisian dalam buku ni memang hanya sesuai untuk pembaca matang. Pada aku, isu utama dalam buku ni adalah tentang persahabatan. Tentang hubungan antara manusia. Tentang corak jalan kehidupan yang sebenarnya kita sendiri tak tahu arah tujunya.

Aku sangat tertarik dengan persahabatan 4 sekawan ni. Walaupun ada penceritaan tentang seks bebas yang ditulis, tapi secara kesuluruhannya buku nie memang lengkap. Tak tipu, cara garapan Nadia Khan membuatkan buku ini hampir sempurna. Bila baca isi buku ni, aku macam terfikir wujudkan Sekolah yang seperti ini di Malaysia. Kalau betul ada, memang heaven gila. Hahahah.

Meh nak conclude sikit secara overall pasal buku ni.  Gibs, KJ, Ray dan Troll merupakan empat sekawan yang dikurniakan wajah yang sangat kacak. Faktor ini menjadikan mereka orang yang sangat digilai di Sekolah Menengah Cemerlang Gemilang Terbilang (SMCGT). Gibs as a leader, telah mencipta satu code which is Muskeeters code. No all for one, just one for all. Mereka dilarang sama sekali untuk memiliki steady girlfriend. Apa yang lebih penting, sebarang scandal dialu-alukan untuk dikongsi bersama. Gila!

Spoiler alert! Kalau siapa yang nak baca sendiri kisah dalam buku gantung ni jangan scroll down apa yang aku dah coretkan ni. Wakaka.

Gibs, akhirnya jatuh cinta pada seorang gadis yang bernama Farah. Si Farah ni pula memang berbeza daripada awek lain yang Gibs pernah kenal. Apa yang lainnya? Farah boleh nampak hantu seyh! Kemunculan gadis psycho yang bernama Deepa memang menghangatkan lagi kisah mereka. Actually, Deepa ni dah jatuh cinta pada Gibs. Troll dan KJ yang buat plan nak beri pengajaran pada Deepa meninggalkan titik hitam secara tak langsung dalam hidup dorang. Pelbagai peristiwa terjadi sehinggalah Deepa ni buat keputusan nak membunuh diri. After that, kehidupan mereka berempat berubah seratus peratus.

Dipendekkan cerita, Gibs, KJ dan Troll mati ditembak oleh abang angkat Deepa yang mendendami mereka. Kononnya pada amatan beliau, Deepa mati disebabkan mereka berempat. Memang betul pun.  Ini semua gara-gara idea gila si KJ dan Troll. Kenakalan diaorang ni memang tak boleh dimaafkan. Aku memang tersentuh habis bila baca part ni. Punishment untuk mereka ni walaupun tak dijelaskan dengan terang-terang. Paling enjoy baca buku nie sebab ada banyak sense of humor.

Ray yang terselamat daripada ditembak, trauma teruk sebab menyaksikan ketiga-tiga sahabat baiknya mati didepan mata. So sad, lama juga dia dirawat di sebuah Hospital sakit jiwa. Pengakhiran kisah buku Gantung ni memang sedih. Sebabnya Gibs dan KJ turn out to be a ghost. Ray pulak memang dah move on tapi balik semula ke SMCGT sebab si Farah contact dia untuk bantu Gibs dan KJ realize that they don't belongs to this world anymore. Pendek kata, dorang tak tahu yang sebenarnya dorang nie dah mati. Sedih.

Kesinambungan Gantung 2 menceritakan kisah Ray @ Khalil yang seterusnya. Watak Gibs dan KJ juga masih ada, wujud sebagai dua 'ekor' hantu yang sentiasa menemani Ray kemana sahaja. Adakalanya, dorang berdua nie panggil Ray, abang. Mana tak nya, dorang still sama macam dulu. Waktu dorang berusia 17 tahun. Sedangkan Ray dah berganjak usia. Kelakar sungguh part ni.

Bagi mereka yang baru nak mula baca buku ni, better bagi penumpuan seratus peratus sebab cara Nadia Khan olah cerita ni memang agak mengelirukan. Pada asalnya aku anggap Gibs adalah watak utama. Tapi Ray overshadow the main hero di pertengahan jalan cerita. Memang brilliant la cara Nadia Khan susun plot cerita ni. Superb!

Rating? Semestinya 5 bintang. 10/10 ~~

Akhir kata, selamat membaca ya. Sorry for the spoiler bagi mereka yang belum membaca. Hehe.

Friday, 26 May 2017

Ramadhan Kareem



Tinta kali ini terlintas difikiran since kita nak menyambut Ramadhan yang tinggal baki sehari saja lagi. InsyaAllah. Allahumma ya Allah, sampaikan kami pada Ramadhan. Jadikanlah Ramadhan kali ini jauh lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Definisi Ramadhan bagi setiap orang memang berbeza. Begitu juga aku. Setiap kali Ramadhan tiba, sambutan meraikannya pasti tidak sama seperti tahun-tahun sebelumnya. Berperingkat mengikut perubahan usia dan suasana. Argh! Rindu rumah.


Mengimbau kenangan lepas, cara menunaikan ibadah puasa di zaman kanak-kanak, remaja dan dewasa memang lain. Childhood, that time masih terikat lagi dibawah pengawasan abah sepenuhnya. Mak juga macam tak sudi nak berkompromi langsung. Strict yang teramat sangat. Our family rules, we have to start learn about puasa, from age 5 years old. Muda kan? Abah latih kami untuk berpuasa penuh. Start darjah satu dah kena puasa 30 hari. Without any rewards yang macam parents lain janjikan. Aku ingat lagi, abah akan pastikan kami bangun sahur dan ambil makanan berat. Dengan pelupuk mata yang masih berat, nasi disuap perlahan. Siapa yang slow, memang kena panahan tajam mata abah. Automatik hilang ngantuk.

Macam mana bangun sahur?

Abah guna cara yang paling mudah.  Picitan pada ibu jari kaki. Bukan yang jenis lembut, penuh kasih sayang tu. Tapi picitan yang sakitnya terasa sampai kepala. Hahaha. Siapa yang degil tak nak bangun tu, memang tunggu nak kena simbah dengan air segayung lah. Selesai sahur berjemaah dan kemas dapur sekadarnya, abah suruh kami semua berwudhuk. Duduk berkumpul dibilik solat. Di rumah kami, abah sediakan satu bilik khas untuk solat dan mengaji. Sementara nak tunggu waktu solat, abah didik kami supaya baca Al-quran atau tunaikan solat sunat. Ini wajib bagi mereka yang dah bersekolah.

Aktiviti sepanjang bulan Ramadhan bagaimana?

Suprisingly, abah dah siap buat jadual! Huwaaa. Usai solat subuh, zikir dan disudahi dengan doa (tadah tangan sambil tersengguk-sengguk) kami duduk membentuk bulatan. Abah akan beri tazkirah pendek dan seterusnya membahagi-bahagikan bahagian bacaan Quran mengikut juzuk. Setiap orang akan diberikan tanggungjawab menyudahkan bacaan Quran sekurang-kurangnya satu juzuk seorang bagi setiap waktu solat. Oleh sebab dalam sehari tu kena sembahyang 5 kali kan, maka setiap orang mesti sudahkan 5 juz dalam sehari. Kalau tak sempat, abah izinkan drag sampai dua hari. Tak boleh lebih daripada itu! Hasil kaedah seperti ini, setiap kali Ramadhan kami sekeluarga akan khatam Quran bersama-sama. Banyak kali khatam kot! Dengan mata yang mengantuk, bacaan tetap diteruskan. Abah betul-betul mendidik dengan tegas! Takda tolak ansur langsung.

Hiburan di bulan puasa?

Almost none! Aku memang tak boleh nak lupa hal yang satu ni. Bila bulan puasa, abah akan potong wayar TV. Takda cerita kartun, takda tayangan masak-masak yang menyelerakan sementara nak tunggu waktu berbuka. Kata mak, abah tak mahu kami terliur dan buang masa. Kalau waktu maghrib lewat, macam pukul 7.30 ke memang melepet lah melangok depan TV yang tak dihidupkan tu. Pernah aku nampak abah senyum sambil menggelengkan kepala bila tengok kami semua berlonggok depan TV dengan muka seposen. Kononnya minta dikasihani. Hmm. Abah macam tu jela, tak lut langsung dengan rayuan kami. Dia galakkan kami beriadah dan kayuh basikal. Memang takla. Penat!

Tak pernah ke curi-curi minum?

Aih. Ini memang wajib. Hahah. Bila sesi persekolahan dah bermula, kami memang jadi sangat lemau dan tak larat. Lebih-lebih lagi bila cuaca panas terik. Balik sekolah, mesti berkubang lama dalam bilik air. Ada juga lah mak menjerit dari luar. Kami masing-masing buat dekk. Paling tak menahan, tengah syok sedut air kolam ada suara angah yang menegur dari bilik air sebelah. Oiii, minum air! Hishh, hampeh betul. Keluar bilik air je, muka segar bugar. Bila mak jeling, kami buat-buat tak faham. Darurat mak. Ini darurat! Anak mak ini kekeringan.

Berbuka puasa. Waaaaaa!

Bila dengar saja azan maghrib dilaungkan, kami cepat-cepat buka tudung saji. Sekali lagi abah menjeling tajam. Mak tak hidangkan apa-apa atas meja. Takda juadah yang keterlaluan. Hanya ada kurma yang disusun elok dalam piring dan satu jug air panas (milo atau susu). Berbuka dengan air panas dan kurma. After that, kami kena berwudhuk dan bersiap untuk solat maghrib. Abah memang tak bagi kami berbuka dengan air ais. Itu memang dilarang sama sekali. Kami faham, tapi akal kami memang panjang. Botol air mineral yang diisi air putih petang tadi elok tersorok dibelakang plastik ikan mak dalam freezer! Hahah. Lepas abah masuk bilik sembahyang, kami berebut-rebut buka peti sejuk. Slow and steady.

Terawih yuk?

Abah memang latih kami solat terawih berjemaah di surau. Ramai-ramai jalan kaki pergi surau yang jaraknya memang dekat dengan rumah. That time, bulan dan bintang memang banyak. Seronok memerhatikan ciptaan Tuhan sambil jalan kaki dengan mak. Abah? Abah tak jalan kaki sama-sama. Dia naik motorsikal. I won’t forget that moment. Kami tunaikan solat terawih sebanyak 20 rakaat dan solat sunat witir 3 rakaat. Sekali sekala, kepala terlentok-lentok ketiduran. Jemaah lain yang solat disebelahku tersenyum sumbing. Kali ni tak perlu nak risaukan abah. Sebab abah yang mengimamkan kami semua. Tiada tenungan tajam.

And after 20 years,

Semuanya macam jadi kenangan. Kami semua membesar dan bawa diri masing-masing. Ada yang dah berkeluarga dan bina kehidupan sendiri. Takda lagi picitan di ibu jari kaki yang sakitnya, hanya Tuhan yang tahu. Tak payah susah-susah jemur tilam yang basah bila abah siram air segayung untuk mencelikkan mata kami. Tiada lagi paksaan makan makanan berat. Adakalanya tak bangun sahur langsung. Tiada lagi jadual khusus sepanjang menyambut bulan mulia ini. Tiada pantang larang yang pelik-pelik. Ada juga abah minta kami buat pembahagian bacaan Quran sesama sendiri, tapi masing-masing sibuk dengan urusan lain. Amalan khatam Quran di bulan Ramadhan macam sudah terlalu lama ditinggalkan. Mengaji juga, tapi tidak berjaya khatam.

Bazar Ramadhan menjadi tempat yang wajib dikunjungi setiap hari selama 30 hari berturut-turut. Nafsu dan kehendak turut sama meraikan Ramadhan. Berbuka sekenyang-kenyangnya dan solat maghrib di penghujung waktu. Bila mana aku sudah bekerja, tuntutan tugas menyebabkan aku terlepas peluang untuk solat terawih berjemaah di masjid. Selesai segala urusan dunia dan pulang dengan tubuh yang kepenatan, aku hanya mampu melakukan solat terawih sebanyak 8 rakaat sahaja. Itupun hanya pada hari cuti saja aku  berjaya ke masjid.

Sekali-sekala macam terfikir bila dah meningkat dewasa tanpa pengawasan mak abah, amalan di bulan Ramadhan makin lama makin kurang kualitinya. Sedih. Teringat kata-kata mak, bila kita sungguh-sungguh puasa dengan niat ikhlas, saat menjelang syawal nanti semuanya akan jadi indah dan menyeronokkan. Susah senang kita menjalani ibadah puasa terasa cukup berbaloi. Perasaan dan nikmat itu hanya mampu dirasakan oleh mereka yang berpuasa dan beribadah kerana Allah. Teringat didikan abah yang cukup berdisiplin. Sungguhpun begitu, hati ini rindu rumah. Tak semua orang bernasib baik ditemukan semula dengan bulan Ramadhan pada tahun yang akan datang. Selagi mana kita hidup, peluang seperti ini tak patut dilepaskan.


This year, lets grab that opportunity.  Siapa tahu, umur tak panjang.

Wednesday, 10 May 2017

Whisper

The flower petal that fall
As the season changed
It will be alone, lonely and sad
The stars that left
Made the sky sad
So it cried like a heavy rain.

Like the flower blooms and falls
Please deliver my mind through the wind

If you know my longing heart,
You must return back again.

- Will be back

Kebahagiaan!



"Bila kali terakhir hati kau benar-benar merasakan maksud kebahagiaan?"

Aku termenung ketika menghayati bait-bait soalan ini. Halus dan terkesan. Tersentak dan perlahan-lahan aku melabuhkan punggung dan cuba duduk dimana-mana. Jawapan yang ingin aku lontarkan ada, tetapi tidak mampu mengarang ayat ketika itu. Air liur bagaikan tersangkut dihujung rongga nafas. Berpasir dan perit. Banyak kali aku cuba menghadam soalan yang nyata sebenarnya sangat mudah dipendengaran orang lain. Tetapi bagi aku, seperti kehabisan kata. Persoalan itu tetap berpusing pada satu paksi. Hatiku kembali tepu.

Aku memiliki kehidupan yang sederhana. Tidak begitu sukar dan mencukupi. Duit? Walaupun tidaklah begitu kaya, tapi aku mampu membeli apa yang aku inginkan. Pekerjaan? Aku gembira dengan apa yang aku kerjakan pada hari ini. Tapi mengapa aku masih merasakan ada satu-satu bahagian dalam diri ini yang terasa begitu kosong?

Aku melanjutkan persoalan ini pada seorang gadis buta yang zahirnya kelihatan biasa-bisa. Bagaimana kita mampu merasakan yang kita sebenarnya orang yang sedang berbahagia atau cuba mengecap bahagia?

"Apa yang kau faham tentang bahagia?"

Hmm. Tuhan berkehendak tentang kehidupan kita yang laluannya mungkin berbeza dengan orang lain. Cerita kau begini, dan cerita dia begitu. Sedangkan kisah aku pula begini. Mengikut definasi aku, bahagia dizahirkan bila kita mampu merasakan keapungan dan bunga-bungaan di dalam hati. Hati kita tenang dan lapang. Tiada permasalahan yang menghambat kita disuatu sudut perasaan yang nyata menyesakkan akal. Tidak ada perkara yang membimbingkan dan kita mampu mengukir senyuman 24 jam. Benarkah begitu?

Kali ini gadis buta itu tersenyum. Sukar sekali aku meneka apa yang terlintas difikirannya ketika itu.

Menurut aku, bahagia itu mudah. Walaupun hidup kita ditimpa dengan pelbagai ujian dan permasalahan, hati kita tetap berbalik pada jalan yang sama. Hal-hal remeh tentang keduniaan itu tidak memberikan kesan berat pada jiwa. Kenapa? Sebab kita sedar akan hakikat kejadian kita. Apa jua yang kita lakukan, bukan sekadar meraih bahagia. Tapi mengukir hala tuju yang lebih baik. Pengabdian diri pada satu-satunya Pencipta yang menciptakan segalanya.

"Eh. Apa pula perkaitan Tuhan dengan bahagia?"
"Bukankah permasalahan utama disini tentang bahagia?"

Sekali lagi gadis buta itu mengukir senyuman. Lebih manis daripada seketika tadi.

Mampukah ke kita merasakan manisnya sebiji epal hanya dengan tenungan mata? Kalau kita tak kopek kulitnya, tak mungkin kita merasakan manisnya  epal itu yang diumpamakan seperti madu kan? Samalah terjemahannya dalam maksud bahagia. Hati kita takkan merasakan tenang dan bahagia tanpa tahu maksud sebenar bahagia. Kita kena berusaha mengukir bahagia, barulah hasilnya tidak mengecewakan. Bagi aku, kita kenal Tuhan, fahami halatuju kita. Barulah pentafsiran bahagia itu jelas. Ada orang merasa bahagia bila membahagiakan hati orang tua. Ada orang lain pula, dia mengecapi bahagia bila orang yang lain turut sama merasakan apa yang dia rasakan. Memberi tanpa pernah rasa jemu.

"Memang definasi bahagia itu berbeza!"

Apa yang jelas, aku rasa bahagia tanpa perlu melukakan orang lain. Tidak mengepung nikmat bahagia itu sendirian. Sedangkan orang disekeliling kita menderita dalam luka lara. Sebarkan kebaikan daripada segala macam sudut yang menggembirakan. Bila kita ikhlas memberi, Tuhan pasti menggandakan bahagia. Jiwa kita tenang dan hati kita lapang.

"Ukirkan ingatan pada Tuhan seikhlasnya, bahagia?"

Kali ini, baru aku mampu mengukir senyuman.

"Tuhan akan mengirimkannya pada alamat yang jelas!"

The Legend - Liana Afiera Malik (L.A.M)

Assalamualaikum dan salam sejahtera. *** Salam Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa sempena bulan Ramadhan yang ...